31 December 2009

2010?

Dalam beberapa jam saja lagi, kita akan melangkah ke tahun 2010. Hermm. 2010. Satu angka yang juga akan mengubah umur saya ke angka 22. Yes! 2010 umur saya sudah 22 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Semakin besar nilai umur kita, semakin berat tanggungjawab yang perlu dipikul. Terhadap ibu bapa, keluarga dan juga diri sendiri. Dan sudah semestinya hidup akan lebih mencabar. Dunia semakin maju dan bergerak ke hadapan. Pasti lagi banyak dugaan akan tiba.

Yang paling penting,kita perlu menyediakan diri dengan kesabaran dan ketabahan di dalam diri. Agar tidak melatah kelak dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru. Itu yang selalu berlaku. Termasuk saya. Mungkin anda juga. Walau bagaimana pun, yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang. Menuju la kehadapan. Rancang hidup sebaiknya. Dan jadikan yang lalu sebagai pengajaran. Ambil iktibar. Yang hitam jangan diikut. Yang putih itu suci, itulah yang perlu.

Berkata soal tahun 2010. Ramai blogger yang menyatakan hasrat tahun 2010 mereka. Entah kenapa. Tahun islam di pandang ringan tahun omputeh plak yang diraikan. Mungkin sebab dah terbiasa. Dan mungkin juga angka omputeh 2009 melangkah ke 2010 itu lebih membuatkan mereka semangat? Waallahualam. Renung-renungkan. Assalamualaikum.

30 December 2009

TAG PULA?

Assalamualaikum. Meluangkan masa bersama anak anak buah di wet world hari ini cukup membuatkan saya gembira. Mandi manda. Walaupun kami pergi di waktu petang,masih ramai yang juga berkunjung ke sana dgn tujuan yang sama. Di waktu ini, saya baru saja bangun dari tidur. Hampir satu jam la juga. Melayari sebuah blog seseorang teman, membuatkan saya terkejut dan rasa terharu. Tapi itu belum cukup kuat sebagai sebab untuk saya kembali. Apa yang terjadi telah pun terjadi. Kenangan itu pasti akan menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Okey cukup di sini. Tag dari Touyakaruma.


1. Adakah anda rasa hot?= Hot and spicy


2. Upload gambar anda yang suka

3. Cerita tentang gambar=Bear ini dibeli di Midvalley. Untuk seseorang yang masih digelar teman. Sangat harum baunya. Sayang nak bagi sebenarnya. Hehe. Dan diberi nama sama seperti seorang insan mengada iaitu ISKANDAR. Bila ditanya kenapa letak nama tu,dia kata dia mmg suka nama ISKANDAR.

4. Selain nama sendiri,apa panggilan yang orang guna untuk panggil kau?=Hampir sama je kot

5. Tag lagi 6 orang= 1. kak zahirah. 2. Eleza 3. Kyreil 4. Azira 5. Ima 6. Adyl

6. Siapakah gerangan no 1 pada anda? = classmate di Uitm

7. Kata sesuatu mengenai orang n0 5 = Ima dan saya orang negeri sembilan. Haha

8. No 3 ada apa hubungan dengan anda? = salah seorang teman yang banyak tahu rahsia saya.

9. Bagaimana pula dengan n0 4? = Azira seorang penuntut di UM

10. Pesanan kepada orang n0 6? = Jangan risau. Saya tetap akan jadi kawan.

11. Kelebihan pada n0 2? = Banyak kot. Tapi paling best, dia pandai main piano.

Okey dah. Pesanan kepada semua yang ditag. Kalau nak buat,dialukan. Tak buat pun takpe. Saya baikkan? hehehe.

29 December 2009

AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH

Dengan nama Allah
sebaik baik Pemberi Ganjaran
............

Namamu kah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaan ku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
kerna jawapannya bukan ditanganmu
Tetapi ditanganNya
ditangan Tuhan kita;Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisah ku memikirkan dirimu
dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria.
Maafkan aku.
ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu,biarkan diriku sendiri bersama Dia
sebelum ku cipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

'i've leave him for the sake of Allah'

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia siakan perngorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu dipengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang(permulaan)
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu
lalu(hati) kamu menjadi puas
(Ad-dhuha;4&5)

Untuk itu
aku tinggalkan dirmu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya
Sesungguhnya Tuhanku diatas jalan yang lurus
(Allah Maha Adil)
(Hud;56)

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).Mereka(yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka(yang menuduh itu).Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia(syurga). (An-Nur; 26)

Beruntunglah kamu!
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

28 December 2009

BARU!!!!

Wohoooo~ Lama sudah tak menaip di sini. Kalau masuk pun setakat jenguk kalau2 ada komen. Tapi jari tak tertaip la plak kat blog ini. Kesian dia alolo mucuk mucuk cayang. Hehe. Perasan tak? Tak? Tak??? Sampai hati tak perasan. Blog saya dah bertukar template. Muahaha. Sebelum ni try la nak edit sendiri. Tapi tak boleh view la plak kat mozilla. Tapi boleh view kat internet saja. Huhhh~ Hancur hatiku. So saya buat keputusan untuk cari je template lain. Setelah puas menyelak nyelak,dan inilah hasilnya! Cute tak? Cute kannn? Macam saya kan? Hehe.

Hermm. Tapi ada satu yg sama. Tetap warna hijau. Actually hijau bukan lah warna favourite saya. Tapi terminat plak. Hehe. Sebelum ni saya try tukar url blog saya juga. Tapi sekarang saya tukar balik url kepada yang asal. Kekonpiusan melanda pada saya kebelakangan ni. Mintak maap ye kawan-kawan.

Okeylah. Kekurangan idea la plak sekarang ni. Izinkan saya melabuhkan tirai cerita di sini. Kita berjumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum. Smile. =)

11 December 2009

SAYA AIN

Hahaha. Tergelak aku sendirian di dalam bilik ketika ber'chatting' sebentar bersama ila rakan sekelas ku di uitm. Macam mana dia boleh kaitkan aku dengan seseorang yang aku rapat sebagai kawan. Hahaha. Sampai sekarang aku tersenyum sendiri. Dan ketika menaip di blog ini.

Hye rakan rakan yang dikenali. Sekadar ingin memberitahu bahawa saya telah mendelete hampir kesemua account online saya. Itu termasuk fs,ms,hi5,dan juga tagged. Hampir seminggu dah saya delete. Semalam pula saya deactivate my facebook. Nak delete rasa berat hati sebab hampir semua rakan2 ketika disekolah dan uni ada di facebook. So hari ni saya reactivate semula. Hehe. Sekarang hanya tinggal facebook dan juga blog ini.

Dari dulu takde la berapa berminat dengan benda2 ni. Tapi bila dah dapat modem dan juga broadband,masa tu la excited nak register semua account tu. Dah nak hampir setahun saya guna broadband ni. Dan kini saya rasa saya dah ta perlukan account tu semua. Cukupla sekadar facebook dan blog. So sesiapa bole la contact me through my facebook,blog,ym and my phone number. Kot ada la kan? Hehe. And lagi satu saya dah tukar saya punya url. Jadi http://sayaain.blogspot.com

p/s : To adyl,if you read this. Dont worry. i'm okay. Hahaha. Tergelak baca msg adyl. Nanti dah ada kredit,ain contact balik yer. Take care!

08 December 2009

POEM

Around the corner I have a friend,
In this great city that has no end,
Yet the days go by and weeks rush on,
And before i know it, a year is gone,
And i never see my old friends face,
For life is a swift and teribble race,
He knows I like him just as well,
As in the days when i rang his bell.
And he rang mine but we were younger then,
And now we are busy, tired men.
Tired of playing a foolish game,
Tired of trying to make a name.
'Tomorrow, i say!' I will call on Jim
Just to show that i'm thinking of him'.
But tomorrow comes and tomorrow goes,
And distance betweens us grows and grows.
Around the corner, yet miles away,
'Here's a telegram sir'. 'Jim died today'
And thats what we get and deserve in the end.
Around the corner, a vanished friend.
Remember to always say what you mean.
If you love someone, tell them.
Dont be afraid to express yourself.
Reach out and tell someone what they mean to you.
Because when you decide that it is the right time it might be too late.
Seize the day. Never have regrets.
And most importantly, stay close to your friends and family,
for they have helped make you the person that you are today.

07 December 2009

BENCINTA

Kalau sayang tinggal tinggalkan, kalau benci rapat rapatkan

Haha. Siapa setuju? Siapa tak setuju? Ada sebarang pendapat?
Lewat ni ku rasakan bosan dengan template blog ini. Perlu ke saya menukar kepada template yang baru? Hermmm.