28 August 2009

TAG DARIPADA IMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini sy buat la tag yg dah lama disimpan. Mintak maap yer ima kerana tersengaja tertangguh. Huhu. Bukan apa. Cuma soalan2nya begitu menyampahkan sy untuk menjawab. Len kali ko buat la soalan2 yg luar alam sikit. Baru semangat nak jawab. Hihi.
Nor Ain Manap
Do you love you ex?
NO
What did you last cry over?
SOMEONE
What's the last mistake you made?
SAYING THAT WORD TO SOMEONE
Who was the last person you said i love you to?
NO NEED TO KNOW
Who last slept in your bed?
MYSELF
Were you with them?
HAAAA???
Where do you want to be?
PULAU REDANG
Who do you want to be with?
NO ONE RITE NOW
Do you honestly love your friends?
YES
Who can always make you happy?
MY LOVELY FRIENDS
Who do you love to talk to the most?
MY CATS
Who hates you?
I DONT KNOW
Who do you hate?
NO ONE
What are you doing right now?
LISTENING TO 'TAKING BACK MY LOVE'
What are you talents?
EAT
How often do you cry?
2 TIMES PER MONTH
What did you do last night?
SLEEP
Would you ever go back out with an ex?
NOT SURE
Have you ever used a condom?
WHAT FOR?
Are you are virgin?
OF COURSE
Is your boyfriend/girlfriend is a virgin?
NOT SURE
What's the last movie you watched?
SHALL WE DANCE ( last night)
Ever been in true love?
NOT YET
Gotten high
NO
Ever gone running?
YES
How much do you weigh?
46KG
How tall are you?
161CM
Gone skinny dipping?
NO
Gone streaking?
STREAKING? CULTURE STREAKING? HAHA
Played strip poker?
NO
Given a lap dance?
NO
Made-out?
NO
Rolled on the ground with the opposite sex?
NO
Bungi jumped?
NO
Sang karaoke?
YES AT HOME
Been wet with your clothes on?
HAAA?
Seen the opposite sex naked?
NO
Mad fun of a fat person?
NO. CUTE LORHHH.
Laughed at someone?
YES
Looked at someone funny?
YES
Have you had 'the talk' with your parents?
YES
Been touched by the same sex?
YES
Ever been horny?
HAA?
Looked at porn?
NO
Own any thongs?
NO
Touched a genital of the other sex?
NO
Thought about sex?
NO
Had a 'dirty' dream?
NO
Favourite animal?
CAT
Least favourite animal?
COCKROACH
Most missed memory?
WHEN I WAS IN UITM AND HUKM

Berikut adalah nama blogger2 yg kena tag. Haha.
1) Ilham_becks (atok wajib buat)
2) Elyn (diatas sumbangan award haha)
3) kyreil (jangan maleh2)
4) eleza737 (koje koje jugak)
5) azie ( biar penuh blog)

27 August 2009

AWARD

Assalamualaikum. Salam sejahtera diucapkan kepada abang2,adik2,kakak2,makcik2,atuk2 termasuk la ilham_becks. Hehehe. Pagi ni mcm biasa selepas bangun pagi,sy akan online. Check la pape yg patot kat blog nie ke,kat facebook ke,kat my space ke,kat ym ke,urmmm kat mana2 jer la yg berkaitan. Then bila tgk kat blog ni,ada msg dr elyn suh amik award kat blog dia. Wahhhh,bestnyer dapat award. First time ni ada org sudi bg award. Hahaha. Kepada pembaca2 blog saya ni, sudi2 kan la bg award kat saya. Request nie. Haha.
Haaa,ini la dia award yg sy dapat. xxtraordinary blogger award. Thanks diucapkan kepada pemberi award ini iaitu ELYN.

23 August 2009

MENU BERBUKA

Assalamualaikum. Salam sejahtera diucapkan. Hari ini sy ikut mak dan ayah sy ke Tampin. Kami keluar awal kira2 dalam pukul 3.30 ptg. Sebab mereka kata,semalam terlalu sesak dgn org. Destinasi pertama kami ialah bazar ramadhan. Kami pergi dua bazar ramadhan yg terdapat di Tampin ini. Haish,kenapa la ramai sgt budak2 skola terserempak ni. Rimas plak. Haha. Selepas tu pergi ke Tampin Square teman mak beli pengikat langsir. Sampai 12 nak dibelinya. Adehhh. Kat situ plak dkt dgn KFC. So apa lagi terus masuk beli dua set cheezy wedges. Hahaha. Selesai,kami bertolak ke Taman Indah Tampin. Hajat dihati nak jumpa kwn ayah,tp tak jumpa. Pastu pusing2 lam tu,nmpk la rumah2 yg baru dan agak cntik bg kami. Kami pun pusing2 la survey kot2 ada rumah yg masih kosong. Tp takde. Semuanya penuh. Hancur luluh harapan kami. Pastu balikkkkkk....... Sampai di rumah masih awal lagi,so solat la dulu. Sediakan apa2 yg patot. Allahuakbar Allahuakbar.....Azan kedengaran. Dgn rakusnya kami makan.
Inilah menu campuran berbuka puasa kami. Hehehe. Selesai mereka makan,sy masih lagi lapar,jadi sy pun masak la nugget. Dalam 10 ketul jer. Untuk sy sorg sebab yg lain semua dh takde kat dapur g solat. Hahaha.

1,2,3,4,5 ketol. Lagi 5 mana? Selesai makan,duduk la rehat2 jap. Tgk kat luar rumah. Pastu nmpak bulan. Jika dilihat betul2,sebelah bulan tu ada satu bintang. Then amik la pakai kamera digital olympus sy tu. Huhu. Bukan pakai dslr yer. So takde la nmpak jelas pun bulan dan bintang tu. Haha.

Jika aku bulan,siapa bintang?

22 August 2009

RAMADHAN MENJELMA

Ramadhan,
bulan mulia yang sering dinanti,
juga bulan yang penuh onak duri,
kini telah menjelma kembali,
bangkitlah semua untuk menghayati.

Ramadhan,
pergimu amat kami kesali,
datangmu membawa seribu erti,
mengawal nafsu membelenggu diri,
mencipta insan terpuji disisi Illahi.

Ramadhan,
amalan diisi setiap hari,
penerimaannya sama sekali tidak diketahui,
marilah berusaha meningkatkan diri,
di duniawi dan juga ukhrowi.

Luahan hati,
Nor Ain Manap
Assalamualaikum... hari ini merupakan hari pertama di mana umat islam akan berpuasa. Akan ada byk halangan bagi org berpuasa. Semoga kita semua dpt mengatasinya. Dikesempatan ini,sy ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada mak abah,abg2 ku yg senget sebelah (haha),kak ipar,haikal yg sgt nakal,isha yg masih menyusu,atok nenek sy yg berada di kg,saudara sepapat di KL,seremban,perak,dan merata2 tempat. Tak lupa juga diucapkan kepada kwn2 di tadika kemas batu caves, tadika kemas kota, SRKTB Tampin, kawan2 seangkatan di SMKTB Tampin, rakan2 seperjuangan di Uitm Fakulti Sains Kesihatan terutama eleza,kyreil,maryam,anis,fareeza,ru,meera,najwa,saba,shahrul,anuar,peddy,dodo,adeh tak cukup ni nak tulis sume. Rakan2 yg dikenali semasa menjalani praktikal di HUKM termasuk azie,ima,tik,azmil,khairol,kak limah,kak bayah,kak siti wan kembang,dan semua yg terlibat dlm skandalku (wakaka). Tak lupa juga kpd kwn2 blogger sy dan mereka yg sy kenali melalui internet ini. Hahahaha. Bajet dorang baca la? Ok itu saja buat kali ini. Akhir kata dari saya. Majulah ain untuk negara! Hehehe.

20 August 2009

SEBULAN

Sebulan telah pun pergi,
ku tempuhi cabaran dan dugaan menimpa diri,
dengan bertemankan Allah disisi
dan tanpa insan yang amat ku kasihi.

Sebulan telah pun berlalu,
ku tidak mungkin dapat menipu,
sesungguhnya diri ini masih merindu,
bayangan insan iaitu 'kamu'.

Sebulan telah pun ku titi,
ku cuba hapuskan kenangan kami,
pengorbanan cinta juga telah ku pelajari,
apa yg ku harapkan kini hanyalah rahmat dr illahi.

Luahan hati,
Nor Ain Manap

13 August 2009

TAG DARIPADA ELEZA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan tag pertama saya di mana sy telah ditag oleh eleja. Hurmmm,sy mulakan dgn bismillahirahmanirahim.

1) copy award untuk diletakkan di blog anda

2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

  1. kipas susah mati afiq hakim ahmad
  2. berjaga diwaktu malam tidur diwaktu siang
  3. suke makan roti cheese
  4. kesayangan puan teh (microbe lab)
  5. memiliki kereta yg berkhidmat menghantar sy ke spital (tq!)
  6. kelakar

3) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

  1. suka akan kucing (ada lebih dr 10 ekor)
  2. suka KFC (zinger meal n cheezy wedges)
  3. suka aiskrim biskut (ayah selalu belanja byk2)
  4. (cancel) hahaha
  5. suka pendam masalah (bad habit)
  6. tak boleh idup tanpa hengpong (maxis n celcom)
  7. (cancel) hahaha
  8. saya anak bongsu dan sayang keluarga saya
  9. saya tak suka bila orang luar memburukkan keluarga saya

4) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

  1. kyreil - anak ikan KJ
  2. azie - seorg bekas pelajar UITM dan pelajar UM (telah ditag oleh eleja)
  3. ima - kesayangan en.lan
  4. ezhan - seorg photographer yg hebat
  5. lagi 6 org cancel

i) nama timangan anda? = adik (kecik2 dulu la),jepun,calru,in,ain,oin.

ii) anda seorg yg? = setia

iii) insan yg teristimewa? = keluarga,kawan2,iskandar,tucen2 kesayangan

iv) lagu kesukaan? = halimah jongang -eddie hamid

5) makanan kesukaan anda? = masak lemak gulai cili api, KFC, fries, burger.

6) Sikap yg membuat anda stress = ego

7) warna kesukaan anda? = merah,biru,hijau,putih,hitam

8) benda yg mesti ada dalam beg = duit,ic,hp

9) kali terakir anda menangis? = 15 hb 7 2009 (sy save tau)

10) Tag

  1. kyreil
  2. azie
  3. ima
  4. ezhan

09 August 2009

HAPPY BIRTHDAY FAREEZA

Assalamualaikum semua. Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Tambahan pula sekarang kes H1N1 di Malaysia semakin teruk. Ramai yg dimasukkan ke hospital kerana disyaki H1N1. Jadi selalu la berdoa semoga keadaan ini tidak berterusan dan dikurniakan kesihatan yang baik. InsyaAllah. Berbalik kepada tajuk saya semula. Semalam bertarikh 8/8/09 merupakan hari jadi kawan saya yang bernama Siti Fareeza Hashim. Disebabkan saya langsung tiada kredit untuk men'sms' beliau jadi sy gunakan jalan alternatif lain untuk meraikan beliau. Ini lah jalan alternatif yg sy maksudkan. Menulis disini dan klik pada 'publish post'. Mudah kan? Hehe. Ini merupakan gambar lama bertarikh pada 8/8/07 atau 9/8/07 tak ingat la plak lewat sehari kot. Haha. Bertempat di McD,Old Town Jalan Othman Petaling Jaya. Tiada gambar baru kerana dia menetap di Shah Alam. Susah untuk sy ke sana tambahan pula dalam kegawatan ekonomi sekarang ni. Hikhik. Ok la di sini ada sedikit ucapan untuk beliau ala ala kad bufday la ni. Haha. Jimat sudah. Semoga beliau baca arini,esok,lusa,tulat atau bila2.

Happy Birthday...........

  • Semoga panjang umur
  • Semoga murah rezeki
  • Semoga sentisa diberkati Allah
  • Semoga sentiasa berbahagia
  • Kamu dah tua
  • Thanks for being my friend!

03 August 2009

HOME SWEET HOME

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.....
Semoga semua dalam keadaan sihat sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya sekeluarga dikurniakan dengan keadaan yg sihat buat masa ini. Dan selalulah berdoa untuk memohon kesejahteraan keluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik. Saya masih tiada idea bahan apa yg patut dimuatkan di dalam blog ini. Jd untuk jalan singkat,sy mngmbil keputusan untuk meletakkan sedikit gmbar di sekeliling rumah dan sedikit mengenainya untuk dijadikan bahan.
Ini merupakan rumah keluarga sy yg diambil dr pandangan hadapan rumah. Sebelum ini rumah sy berwarna putih. Mmg dr dulu berwarna putih. Tp sekarang dah tukar warna jd warna peach. Sy tak ingat pun bila mereka mengecat kerana abg2 sy sendiri yg mengecat rumah ini. Nak upah org buat kata mereka membazir. Ada benar gak kata mereka tu kan. Elok bg sy jer duit tu buat beli KFC. Hehehe.
Ini merupakan tempat letak kereta keluarga sy yg terletak di sebelah hadapan kanan rumah. Sememangnya kereta abg sy terpaksa diletakkan di belakang rumah kerana tak cukup ruang. Siannnnn abg. Nanti ain ada duit,ain buat dua tingkat ye tempat kereta nie,so leh letak sekali. Hehehe. Kalau diteliti betul2, ada seekor kucing di belakang kereta gen 2 tersebut. Memang pemalas kucing itu seperti tuannya ni. Sy panggil dia gemok sebab badan dia mmg agak besar dan sedap dipeluk. Haha.
Ini pulak ala2 pangkin yg dibuat oleh ayah sy. Terletak dihadapan rumah. Sebelah tempat letak kereta. Baru sahaja dibuat. Untuk kesenangan katanya. Kalau tgh kemas2 luar rumah,bole duk rehat2 kat situ jer kan. Tak pun kalau kwn2 ayah dtg, mereka lg selesa duduk disini. Boleh amek angin jugak. Hehehe.

Inilah sederet pokok cili yg ditanam dibelakang rumah. Kalau kehabisan cili, cili ni la yg kami gunakan. Tp kdg2 geram gak sebab kucing suke panjat2. Tau la mereka lg besar dr pokok yg kurus ni.
Ini pula pokok kelapa rendang dihadapan rumah sy. Mmg banyak pokok kelapa kat rumah sy. Rasa2nya ada 6 btg pokok. Atau lebih? Hehehe. Tp sy suka la pokoknya sebab tak tinggi mcm kat tepi2 pantai tu. Ni rendah jer sampai anak kucing sy pun penah panjat sampai kat atasnya then tak dapat turun selama beberapa hari. Igtkan dah ilang penat la cari sampai ke Rembau, rupanya atas pkok ni jer. Hihi.
Ini pula pokok manggis terletak disebelah kanan rumah sy. Mmg agak lama dah pokok ni ditanam. Bila tiba musimnya mmg banyak la buah manggis berbuah. Agak manis rasanya. Tp kdg2 merajuk gak pokok nie sebab tak nak berbuah. Bak kata org yg lebih lama la. Selalunya saudara2 akan dtg untuk merasa dan dibawa balik sedikit. Mmg byk,setakat mereka nak makan,masih tak kan abes.

Ini pula pokok rambutan. Ada dua pokok rambutan. Satu sebelah kanan satu lagi sebelah kiri. Mmg akan berbuah setiap kali musimnya. Tak pandai merajuk mcm pokok manggis atas td. Hehe. Igt lg musim buah baru2 ni, sy dan abg bergabung tenaga untuk menjual buah rambutan ni. Dia akan mengumpulkan dan sy akan mengira dan mengikat menjadi 100 biji seikat. Seikat dpt la rm4. Sy dpt la rm1o dan selebihnya abg sy akan amek. Huhu. Ok la kan dr biarkan busuk tak bermakan.

Dan ini merupakan sederet pokok pisang. Dapat la masak kdg wat pisang goreng. Tak pun kalau byk sgt, jual jer pun boleh. Urmmmm.... byk lg pokok sebenarnya. Ada pokok cempedak. Ada pokok mengkudu. Sayur kangkung pun ada. Cuma tak sempat nak amek td. Hehehe. Ok la. Sampai di sini saja buat kali ini. Wassalam.............