28 September 2009

JIWANG =)

video

27 September 2009

SAMBUTAN RAYA 2009

Assalamualaikum. Ramai dah yang cerita kat blog pasal hari raya mereka. Saya pun tak terlepas peluang untuk menceritakan perihal raya saya pada tahun ini. Agak lambat tapi masa ini saja yang mampu sy gunakan untuk menulis di sini. Seperti yang dirancang,kami sekeluarga akan beraya di Kuala Pilah pada hari raya pertama. Tapi keberangkatan kami ke sana agak lewat diwaktu ptg kerana menanti kepulangan abg yg bekerja pada hari tersebut. Ptg pun ptg la janji balik gak kan. Ramai sedara mara yg sudah pun pulang ke kampung 2-3 hari sebelum raya. Selepas beberapa jam kami pun bergerak keluar dr rumah atuk dan nenek. Kali ni menuju ke rumah saudara mara ayah yg juga terletak di Kuala Pilah. Urm agak lama rasanya dah tak jumpa mereka. Yang tak kenal dikenalkan. Best best! Hehe. Sampai di rumah jam menunjukkan hampir ke pukul 10 malam.
Hari raya kedua. Saya terjaga dr tidur disebabkan hp yg tiba2 menyanyi lagu taking back my love. Ayah sy yg menelepon rupanya. Dalam hati dah berbisik dah. Pagi2 dah merayau. Haha. Rupanya ayah menyuruh sy memasak air dan mengemas apa yg patot sebab nak buat open house. Tibanya ayah dan mak ke rumah membawa sebaldi besar yg berisi sate yg belum dibakar. Ha,dah faham sgt la. Ni mesti nak buat barbecue ni. Ayah pun mengeluarkan tempat bakar sate dari stor. Kalau nak tahu,masa baru2 kahwin dulu ayah dan mak berniaga kat Kuala Lumpur. Jual sate. Hehe. Bila dah balik tu mmg tak duduk diam la. Kami semua membuat persiapan terus. Alhamdulillah ramai juga yg dtg. Tapi semuanya saudara2 dan kenalan ayah dan mak. Saya pun tak sempat nak jemput kawan2 disini sebab mmg last minute sgt. Huhu. Takpela. Next time insyaAllah jika ada peluang dan panjang umur.

Hari raya ketiga. Saya dan keluarga berada dirumah atuk dan nenek. Selepas buat open house kami terus berkemas dan balik ke kg Kuala Pilah semula. Hari ni pula ada tetamu dtg ke rumah atuk dan nenek. Dtg bukan seorg dua. Tapi berbelas2. Dah la masa tu yg ada kat situ atuk nenek ayah mak mak lang dan saya. Yg lain pula g mandi jeram. Ceyh,menyesal tak ikot. Urm dah tentu la sy yg kena buat semua kan. Tp takpela sekurang2nya hilang juga penat tu selepas ade suara tetamu berkata 'wahhh,baik cucu nenek ni. Bukan senang nak dpt cucu mcm nie'. Tersenyum lebar terus. Wahaha. Ptg plak kami berangkat ke Juasseh. Rumah pak sedara ada kat sana. Sempat la jenguk2 kebun kat belakang uma dia tu. Dah lama tak dtg. Dulu selalu sgt ikot ayah g sana. Gi memancing. Gi kutip buah buahan. Lepas tu ada kolam itik dan angsa. Bila tgk itik tu teringat plak pada seseorg yg sy pernah ckp kat dia mcm nie. 'Kenapa ek kalau tgk itik jer mesti tingat kat Akim'. Hahaha. Jahatnya aku. Dan senja hampir melabuhkan tirainya,kami pun terus berangkat pulang.

Hari raya keempat. Hanya duduk di rumah kerana menerima beberapa panggilan saudara mara yg ingin berkunjung ke rumah. Hari raya kelima juga. Hari raya keenam. Sempat berjalan raya ke Seremban saja. Itupun bergegas pulang sebab saudara dah janji nak dtg. Hari raya ketujuh pun duduk di rumah saja. Masih ada tetamu yg dtg. Semalam menerima beberapa msg yg mengajak dtg kerumah mereka. Dan mengajak jalan raya bersama. Minta maaf kepada pijah dan mas shahrul. Kita hny merancang. Tuhan menentukan. Hari lain insyaAllah. Hari raya kelapan hari ini la. Haha. Rasa tak sedap badan la plak. Sakit kepala. Pening2. Perut meragam. Badan rasa sejuk2. Adehh. Kesimpulannya raya tahun ni amat bermakna bagi saya. Yang terpisah disatukan kembali. Yang jauh didekatkan. Yang bersalah meminta maaf. Yang bersalah dimaafkan juga. Dan yg paling penting yang tak kenal dikenalkan. Yang mesra dieratkan kemesraannya lagi. Alhamdulillah. Sekian saja pada kali ini. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin semua.
p/s = tiada pic sempat diabadikan cuma pic itik di kebun pakcik jer menarik perhatian saya.

19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bunyi mercun yang sambung menyambung dan indahnya deretan pelita menghiasi rumah rumah menandakan hari raya akan tiba. Kini 1 Syawal telah menjelma kembali. Segala persiapan raya juga telah siap 90%. InsyaAllah jika tiada aral melintang esok saya dan keluarga akan pulang ke kampung atuk dan nenek saya yang terletak di Kuala Pilah. Yang pasti kami akan berada di sana sehari sahaja. Bukan jauh sgt pun kan? Raya seterusnya akan disambut dgn menerima kunjungan tetamu ke rumah kami dan ziarahi sanak saudara kenalan. Tiada apa yang perlu diceritakan lagi. Hanya ucapan hari raya yang penting. Di sini,sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga,sanak saudara,dan semua kenalan. Minta maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata terlanjur perbuatan dan sebagainya. Jemputlah dtg ke rumah kami yg serba kekurangan ini. Kami menerima kunjungan kamu dgn pintu terbuka. Cuma sebelum dtg tu,bgtau la dulu. Sebab bukan 24 jam kami berada di rumah. Sekian saja. Moga bertemu lagi di episod akan datang.

16 September 2009

HATI = HEART

Dua bulan telah berlalu meninggal pergi
Dikala ini pelbagai rasa menerpa dijiwa
terasa ingin menjerit sekuat hati agar kau mendengar
terasa ingin menangis sehingga tiada lagi air mampu dititiskan lagi
terasa ingin membaling sesuatu sehingga tidak berdaya lagi
tetapi hati ku kuat membisikkan sesuatu
dia berbisik pada diriku
kuat ain. kuat. kau kena kuat.
jangan jadi perempuan yang lemah
jangan jadi perempuan yang bisa melatah bila disentuh
jangan jadi bodoh dengan buat benda bodoh
jangan dikenang kenangan lalu
jangan sesekali menoleh semula kebelakang
ada jalan yang menantimu dihadapan
percaya la dengan takdir Allah
setiap sesuatu yang berlaku pasti ada misteri disebaliknya
kuatkan imanmu tabahkan hatimu
kelak ada permata akan kau temu
Luahan hati,
Nor Ain Manap

15 September 2009

T.I.D.A.K = TIDAK

Tidak,
tidak secebis pun diri kau ku fahami.
tidak sepotong pun hati kau ku kuasai,
tidak sekelumit pun rindu kau ku miliki.
Tidak,
tidak ku mengerti apa kau hajati,
tidak ku gembira ketahui apa terjadi,
tidak ku bahagia melihat kau sepi.
Tidak,
tidak ku rela dengan semua ini,
tidak ku pinta ianya terjadi,
tidak ku mampu melelapkan diri.
Tidak,
tidak ku dihati kau lagi,
tidak ku bisa laluinya sendiri,
tidak ku ingini perpisahan ini.
Semoga kita mendapat petunjuk dan perlindungan dariNya.
Luahan hati,
Nor Ain Manap.

13 September 2009

BERBUKA DI LUAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah dua hari sy tidak berbuka di rumah. Semalam berbuka di rumah nenek. Dalam negeri sembilan la jugak. Kat kuala pilah nun. Gerak ke rumah nenek dalam pukul 5. Sampai sana dalam kul 7 malam. Tak dapat lama lama di sana. Sebab ada sedara nak dtg rumah. So terpaksa gerak balik awal. Dalam kul 9 lebih dah sampai uma. Urmmm agak menakotkan dalam perjalanan balik ke rumah sebab jalan dr kuala pilah ke kg batu rembau amatlah sunyi. Malam malam plak tu. Selalu ikot jalan Tampin je. Tapi jalan kg batu rembau lagi cepat sampai ke rumah. Harini plak sy berbuka di Seremban. Kali ni ramai gak yg g sebab ada mak ayah abg kak ipar ikal dan isha. Abg lg sorg plak g Jalan TAR. Ikot kawan dia. Tepat jer kul 6 sy g McD di Senawang. Then g ke Restoren Temenggung Corner yg terletak di Seremban. Selesai makan,sy berjalan kaki dr restoren tersebut ke bangunan Celcom. Bayar bil telepon ayah dan bil internet sy. Pastu time untuk shopping la plak. G balik ke Giant Senawang. Adehh,mmg penuh sesak menyesak betol la dgn orang ramai. Meronda ronda tgk baju raya. Tapi takde yg berkenan. So g la jalan kaki kat sebelah Giant tu. Kat situ ada la berderet2 payung jual mcm2 benda untuk persiapan raya. Tujuan hanya nak cari baju raya. Tapi malangnya,takde yg berkenan jugak. Pastu balik la. Ape tggu lagi. Hahahaha. Esok plak kami bercadang nak pegi Nilai 3. Seumur hidup la kan. Dari bayi sampai la dah 21 taun ni tak pernah pun jejak ke Nilai 3 tu. Terok sungguh. Huhuhu. Ape la agakye ada kat sana kan? Agaknye nasi kukus ayam berempah ada tak? Ermm.. ni bajet kena ada ni nak g sana. Alamat kayap la balik. Ape lagi ek nak beli sok. Haaa nak beli buluh letak pelita. Letak keliling uma. Baru la ada suasana raya. Walaupun lampu warna warni ada kan? Hehehe. Ok la. Mau tido sudah. Amatlah penat arini. Semoga mimpi yg indah indah belaka. Gudniteeee.

11 September 2009

TAG LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama tak update blog ni. Memang sy tak ada idea nak dimuatkan dalam blog ni. Tambahan plak dgn keadaan keadaan yg membuatkan jiwa sy tidak setenang air di perigi. Tapi sekocak air di kolam. Ah. Ape aku merepek nie. Hahaha. Ok. Ini merupakan tag dari sis iza. Sorry kerana lambat buat. Huhu.

Syarat syarat:

1) Copy gambar amal islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengapa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnye begitu. Tapi kak,sy tak copy. Saya tulis satu satu balik semua nie. Tak ke suke merumitkan kerja sy nie? Hehe.

2) Kemudian pilih 10 org sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat. 10 org tahu? Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan. Okay kak. Saya dgn ini mengumumkan semua yg menjadi follower telah dipilih. Hehehe.

3) Gambar ini hak ciptaan tak terpelihara jadi sebar sebarkanlah ye. Itu la yg sy tgh buat kak.

4) Perkara yg wajib anda lakukan? Senang jer. Lakukan apa yg ditulis dekat gambar diatas. Kalau tidak nampak? zoom laaa... InsyaAllah kak. selagi diri masih mendapat hidayah Allah. Saya akan buat amalan itu.

01 September 2009

AKU

Aku,
aku telah mengenali diri tidak sesempurna,
bukan niatku menuduh kau begitu juga,
yang nyata tiada siapa yang sempurna.
Aku,
aku mengerti diriku hanyalah insan biasa,
insan yang lemah pada segalanya,
pantas juga lidah ku terlanjur meluah kata.
Aku,
aku panjatkan kesyukuran tidak terhingga,
mengenalimu diibaratkan bertemu permata,
kau bawa ku kembali ceria ke alam nyata.
Aku,
aku tidak bisa meminta minta,
hanya ucapan maaf mampu ku pinta,
niat ku ikhlas dan itu yang nyata.
Luahan hati,
Nor Ain Manap
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalaman mataku tidak bisa terlelap. Hanya kerana aku telah terlanjur kata pada seseorg. Sesungguhnya diri ini begitu menyesal. Tidak perlu dinyatakan di sini,siapakah gerangannya. Cukuplah sekadar kamu pembaca mengerti bahawa tiada siapa yg sempurna. Saya juga. Kamu juga. Mereka juga. Dan di sini,jika kamu membaca tentang ini,seribu kali maaf ku pinta.