27 January 2010

GAMES OVER?

On a day like this, if a guy left the girl, the games over.
Next time dont reason them why.
Just hit and run.
In life there's all kinds of men.
But men are men.
The same with women.

22 January 2010

CUTI PANTAI TIMUR

Lalalala~ menyanyi sendiri saya didalam hati. Bibir bergerak menyebut lirik. Alhamdulillah. Masih bersemangat menjalani kehidupan. Tergelak saya sendirian ketika menaip di sini. Sambil mendengar lagu di laptop. Ceria! Itulah yang saya mahukan. Okeylah seperti yang dijanjikan saya akan selitkan beberapa gambar sepanjang percutian saya selama 4 hari 3 malam. Lokasi Terengganu Kelantan dan Pahang. Gambar selebihnya boleh la lihat di facebook saya. =)

20 January 2010

SENYUM!

Senyum! Alhamdulillah. Masih mampu tersenyum pada hari ini. Walau apa pun yang menimpa diri kita, apa jua hati kita merasa, senyumlah wahai sahabat. Sesungguhnya senyum itu adalah ubat yang paling mujarab dan yang paling murah.

Duduk ku bersendiri di tepi katil. Mengenangkan peristiwa peristiwa yang telah saya lalui sepanjang kedewasaan ini. Hiba rasanya hati. Tak semua yang dilalui berjalan lancar. Tak semua yang saya mimpi dan hajati tercapai. Itulah lumrah hidup. Kita hanya mampu merancang. Walau seindah dan sehebat mana pun perancangan kita, itu semua terserah pada Allah swt. Semuanya telah tertulis olehNya. Yang mampu kita buat hanyalah berdoa dan tawakal setelah berusaha seupaya mungkin. Jadi ingin ku seru pada semua janganlah mudah kita berputus asa. Laluilah hidup dengan sebaiknya. InsyaAllah laluan kita didunia dan akhirat akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Lama saya tinggalkan blog saya tanpa sebarang update. Saya bertolak ke Terengganu pada rabu lepas. Menuju ke Kelantan pada hari khamis. Dan menuju ke Pahang pada hari jumaat. Hari sabtu baru balik. Diibaratkan seperti cuti pantai timur sahaja. =) Alhamdulillah. Meluangkan masa bersama ahli keluarga memang menyeronokkan. Mungkin ada yang melihat saya kelihatan begitu ceria diluar ditambah pula dengan status di fb yang saya sentiasa update. Itulah cara yang termampu untuk saya lakukan. Menceriakan diri sendiri disebalik duduk termenung dan meratap kejadian lampau. Akhir kata,berjumpa lagi di post akan dtg. InsyaAllah saya akan selitkan beberapa gambar percutian saya. Assalamualaikum. =)

19 January 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH

Alhamdulillah. Jam yang terpapar di laptop saya lihat. Kini sudah tepat pukul 3.12 am. Syukur saya masih diberi kesempatan untuk menaip di sini. Masih mampu melihat kejadian alam sekitar. Juga masih mampu melihat,mendengar dan memperkatakan sesuatu terhadap kejadian2 yang berlaku di sekitar saya dan kenalan2 saya.

Ketika cinta bertasbih. Movie itu baru saya selesai menontonnya sendirian. Isi cerita yang begitu mantap,penuh dengan nasihat,bahkan juga teladan yang berguna bagi kita. Sifat lembut hati saya sebagai seorang wanita tidak mampu dibendung. Lantas didalam kegelapan,saya menangis teresak esak sendirian. Begitu menjiwai watak saya ni kan? =) Alhamdulillah. Kurniaan dari Allah swt saya diberikan rasa sedemikian.

Banyak isi yang saya amat pentingkan dalam cerita ini. Antaranya melihat kesungguhan seorang anak yang bekerja sambil belajar demi untuk mengambil alih tugas sebagai seorang bapa dan juga abg. Mengorbankan segalanya demi harta yang tidak ternilai harganya. Selain itu penerapan nilai taat dan patuh kepada ibu bapa juga terbit dalam drama ini. Melihatkan azzam yang hanya ingin mendapatkan keredhaan ibunya dalam soal jodohnya cukup menuntun hati wanita saya. Salah satu pengajaran yang amat penting dalam cerita ini ialah percayalah dengan janji Allah swt. Pasti ada yang terbaik untuk kita semua. Percayalah!

12 January 2010

HERE I COME!

Malam! Weee~ Sekadar sedikit update di sini. Pagi esok saya akan bertolak keluar dari negeri sembilan. Destinasi pertama mungkin ialah negeri terengganu. Selepas tu baru la pergi negeri kelantan. Pergi dua kereta. Pertama kali menjejakkan kaki ke negeri2 sana. Selalu pergi negeri2 utara je. Ni sebelah timur plak. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan kembali.

Harapan saya juga bila dah merantau dan kembara jauh2,dapat membuka mata saya dan memberikan seribu satu pengertian bagi saya. Yela. Bak kata org dulu2. Jauh perjalanan luas pengalaman. Alhamdulillah. Saya masih mampu menjalani hidup saya seperti biasa. Dan semoga kehidupan saya akan lebih baik untuk esok,lusa,tulat dan hari seterusnya. InsyaAllah. Dipenghujung kesabaran pasti ada kemanisan. I believe!

11 January 2010

ITULAH SAYANG

Tanya sama hati,pernahkah merindu,ingat masa lena,apa mimpimu?

Masa berjauhan,apa nan dikenang, bila difahamkan,itulah sayang. =)

07 January 2010

AYAT CINTA??

I guarantee that we'll have tough times.
And i guarantee that at some point, one or both of us will want to get out.
But i also guarantee that if i dont ask you to be mine,i'll regret it for the rest of my life.
Cause i know in my heart, you're the only one for me.

Fuhhh~ kalau la ada lelaki yang ckp ayat ni kat saya,konpem tak lena tido dibuatnya.
Muahaha. Itulah kekuatan ayat. Tapi kalau setakat ckp 'sy hny syg awk sorg je', 'sy sanggup sehidup semati dgn awk', atau mcm2 lagi la ayat kan, tu dah lapuk kot. Haha. Entah la. Cuma pada pendapat peribadai saya sebagai seorang wanita. Boleh la try guna ayat ni. Tengok berkesan atau tak. Bertemu lagi di lain waktu. Assalamualaikum.

06 January 2010

SALAH HORMON??

When a male and female start liking each other, these types of hormones come out.
And when they start loving each other, a new set of hormones appear.
This set is the most important but it also makes a person go crazy in love.
With the next step, the male and female want to go further into their relationship,
so they go to marriage.
Then these hormones come out.
It also comes out when a mother nurtures a baby.
Its like saying love of a female is the same for everyone.
So dont hate guy too much.
Because that guy only obeying his bodily hormones.

Hormon hormon. Semua salah hormon. Muahaha.

03 January 2010

KAHWIN LAGI??

1 Januari 2010 seawal 7.30 pagi kami sekeluarga bertolak keluar dr umah. Menuju ke Perak dengan anggaran akan sampai ke sana tengahari nanti. Tapi rancangan berubah kerana singgah di seremban dan sg buloh untuk menjemput nenek dan mak long yg ingin tumpang sekali. Kira kira pukul 4 baru kami sampai ke sana.

Kami ke sana kerana menghadiri jemputan kahwin. Siapa yang kahwin? Cousin saya yang kahwin. Huhu. Selepas asar,kami berkonvoi ke surau untuk melihat mereka bernikah. Suka tengok org kahwin. Suka sgt! Dan mcm biasalah cousin2 yg dah berkahwin tny plak 'ain,bila nak kahwin?' fuhh! rimas dengar. tapi cuma senyum yg mampu aku lemparkan. Okey la tu kan. Tu tandanya diri sendiri pun takde jawapan. Dia tanya saya. Saya nak tny siapa ye??
Malamnya pula bersanding dan kenduri sikit. Sabtu plak kenduri jemput org ramai dan bersanding lagi sekali. Selesai je semuanya, kami balik la. Nak tggu lama lama susah plak nanti. Hehe. Sampai dirumah lewat pada pukul 11.30 malam. Tak larat sangat. Tapi tetap bukak laptop dan online. Tak lama selepas tu pun,terlelap. Laptop pun ditinggalkan keseorangan. Sian dia. Lain kali tak buat lagi. Huhu. Okey lah sampai di sini saja ye. Bertemu lagi dilain waktu. Assalamualaikum.