03 January 2010

KAHWIN LAGI??

1 Januari 2010 seawal 7.30 pagi kami sekeluarga bertolak keluar dr umah. Menuju ke Perak dengan anggaran akan sampai ke sana tengahari nanti. Tapi rancangan berubah kerana singgah di seremban dan sg buloh untuk menjemput nenek dan mak long yg ingin tumpang sekali. Kira kira pukul 4 baru kami sampai ke sana.

Kami ke sana kerana menghadiri jemputan kahwin. Siapa yang kahwin? Cousin saya yang kahwin. Huhu. Selepas asar,kami berkonvoi ke surau untuk melihat mereka bernikah. Suka tengok org kahwin. Suka sgt! Dan mcm biasalah cousin2 yg dah berkahwin tny plak 'ain,bila nak kahwin?' fuhh! rimas dengar. tapi cuma senyum yg mampu aku lemparkan. Okey la tu kan. Tu tandanya diri sendiri pun takde jawapan. Dia tanya saya. Saya nak tny siapa ye??
Malamnya pula bersanding dan kenduri sikit. Sabtu plak kenduri jemput org ramai dan bersanding lagi sekali. Selesai je semuanya, kami balik la. Nak tggu lama lama susah plak nanti. Hehe. Sampai dirumah lewat pada pukul 11.30 malam. Tak larat sangat. Tapi tetap bukak laptop dan online. Tak lama selepas tu pun,terlelap. Laptop pun ditinggalkan keseorangan. Sian dia. Lain kali tak buat lagi. Huhu. Okey lah sampai di sini saja ye. Bertemu lagi dilain waktu. Assalamualaikum.

7 komen je kamu bagi?:

Unknown said...

hurmmm klu dia tanya Ain .. Ain tanyalaa Touya . WINK !

NOR AIN said...

ehhh~ yeke? okey. touya. bila ain nak kahwin ye? muahaha. gelak gatal jap.

pak long said...

salam...
waaaa..majlis kawin tu kat perak...
selamat datang ke perak...

NOR AIN said...

waalaikumsalam pak long.
hehe. yup. kat perak. sitiawan perak. orang perak ke? terima kasih berkunjung di sini. hehe.

ADY AIDIL said...

ok lah boleh lemparkan senyuman 2 lg...
senyum 2 kan sedekah...=)

Unknown said...

Huhuhu touya orang Perak.

NOR AIN said...

adyl;yup. betul tu.

touya; lah,org perak ke? kat mana ke?