20 January 2010

SENYUM!

Senyum! Alhamdulillah. Masih mampu tersenyum pada hari ini. Walau apa pun yang menimpa diri kita, apa jua hati kita merasa, senyumlah wahai sahabat. Sesungguhnya senyum itu adalah ubat yang paling mujarab dan yang paling murah.

Duduk ku bersendiri di tepi katil. Mengenangkan peristiwa peristiwa yang telah saya lalui sepanjang kedewasaan ini. Hiba rasanya hati. Tak semua yang dilalui berjalan lancar. Tak semua yang saya mimpi dan hajati tercapai. Itulah lumrah hidup. Kita hanya mampu merancang. Walau seindah dan sehebat mana pun perancangan kita, itu semua terserah pada Allah swt. Semuanya telah tertulis olehNya. Yang mampu kita buat hanyalah berdoa dan tawakal setelah berusaha seupaya mungkin. Jadi ingin ku seru pada semua janganlah mudah kita berputus asa. Laluilah hidup dengan sebaiknya. InsyaAllah laluan kita didunia dan akhirat akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Lama saya tinggalkan blog saya tanpa sebarang update. Saya bertolak ke Terengganu pada rabu lepas. Menuju ke Kelantan pada hari khamis. Dan menuju ke Pahang pada hari jumaat. Hari sabtu baru balik. Diibaratkan seperti cuti pantai timur sahaja. =) Alhamdulillah. Meluangkan masa bersama ahli keluarga memang menyeronokkan. Mungkin ada yang melihat saya kelihatan begitu ceria diluar ditambah pula dengan status di fb yang saya sentiasa update. Itulah cara yang termampu untuk saya lakukan. Menceriakan diri sendiri disebalik duduk termenung dan meratap kejadian lampau. Akhir kata,berjumpa lagi di post akan dtg. InsyaAllah saya akan selitkan beberapa gambar percutian saya. Assalamualaikum. =)

4 komen je kamu bagi?:

crosz said...

g cuti x ajak pon...............huhuhu.....

Anonymous said...

Ain ! Jom senyum bersama !

NOR AIN said...

atin; honeymoon la. buat pe ajak ko. hehe

NOR AIN said...

touya; okey! senyummmmm~ =)