19 January 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH

Alhamdulillah. Jam yang terpapar di laptop saya lihat. Kini sudah tepat pukul 3.12 am. Syukur saya masih diberi kesempatan untuk menaip di sini. Masih mampu melihat kejadian alam sekitar. Juga masih mampu melihat,mendengar dan memperkatakan sesuatu terhadap kejadian2 yang berlaku di sekitar saya dan kenalan2 saya.

Ketika cinta bertasbih. Movie itu baru saya selesai menontonnya sendirian. Isi cerita yang begitu mantap,penuh dengan nasihat,bahkan juga teladan yang berguna bagi kita. Sifat lembut hati saya sebagai seorang wanita tidak mampu dibendung. Lantas didalam kegelapan,saya menangis teresak esak sendirian. Begitu menjiwai watak saya ni kan? =) Alhamdulillah. Kurniaan dari Allah swt saya diberikan rasa sedemikian.

Banyak isi yang saya amat pentingkan dalam cerita ini. Antaranya melihat kesungguhan seorang anak yang bekerja sambil belajar demi untuk mengambil alih tugas sebagai seorang bapa dan juga abg. Mengorbankan segalanya demi harta yang tidak ternilai harganya. Selain itu penerapan nilai taat dan patuh kepada ibu bapa juga terbit dalam drama ini. Melihatkan azzam yang hanya ingin mendapatkan keredhaan ibunya dalam soal jodohnya cukup menuntun hati wanita saya. Salah satu pengajaran yang amat penting dalam cerita ini ialah percayalah dengan janji Allah swt. Pasti ada yang terbaik untuk kita semua. Percayalah!

11 komen je kamu bagi?:

PeJuAnG HiDup said...

best ya ketika cinta bertasbih tu? sy nk tgk la jgk nnti.

atynska :) said...

erm....ya..kiter sbg wanita mmg pya haty yg sgt halus..tapi laky slalo kata..pompuan kuat nangis..kita ta sekuat spt dorang..adeyh..mgarot plak..

crosz said...

hahahaha....ko addict lak ngan cter nie erk....

tenteraangin said...

saya askar x leh tgk nanti kena kutuk ngn member... hehehe

touyakaruma said...

Ramai yang kata citer nie best ... nak kena Usha nie.

NOR AIN said...

pejuangcinta; best mmg best. ada isi yg tersendiri. tak rugi klau menontonnya. =)

NOR AIN said...

atynska; haha. tak rasa pun mcm tu. laki ni pun ada lembutnya juga. ada yg menangis. tp dia tak kan pernah dan ingin untuk menangis dihadapan kaum hawa. =)

NOR AIN said...

atin; haha. bukan addict. cuma berkongsi yg baik pada umum.

NOR AIN said...

tentera angin; hahaha. yela kan. takpe. tgk la senyap2. =p

touya; mmg best la touya. try la tgk. tp tgk yg first dan kedua sekali. baru la faham jalan cerita. =)

ADY AIDIL said...

alhamdulillah...nasib ain ni ada perasaannnnn kan....=)

NOR AIN said...

haiwan pun ada perasaan sayang pada anaknya. inikan pula manusia yang Allah swt kurniakan hati dan akal. Bukankah cukup sempurna.