02 February 2010

AT LAST BUT NOT LEAST ;-)

Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran ku kepada yang berhak menerimanya iaitu Allah swt. Dalam saya menjalani kehidupan seperti biasa dengan penuh penantian dan kesabaran, akhirnya hari ini saya mampu menarik nafas lega yang panjang. Gembira saya tak terkata. Hanya mampu mengukirkan senyuman setiap masa.

Assalamualaikummm. Assalamualaikum. Pakcik posmen pun sampai. Agak lewat dari yang selalunya. Surat yang agak besar. Hati saya dah terdetik. Tapi tidak terlalu mengharap. Dengan bertemankan mak di sisi saya, saya bukak dengan cukup perlahan. Terlalu sopan gayanya. Hihi.
TAWARAN ....................... Alhamdulillah. Kelu saya tidak berkata dan lantas menyerahkan surat itu kepada mak saya. Kami berdua akhirnya tersenyum. Sampai juga impian saya untuk bekerja. Dan harapan saya ingin menghantar mereka menunaikan haji dengan gaji yang sudah cukup bagi saya itu. InsyaAllah. Semoga semuanya akan dipermudahkan. Ameeenn~

Betulkan kata saya dahulu sebelum ini. Dipenghujung kesabaran,pasti ada kemanisan. Rezeki kita ada. Cuma datangnya antara lambat dan cepat. 4 kali saya pergi temuduga di UM,UPM,UKM dan UITM. Satu satu surat dari uni tersebut yang saya terima. Semuanya bermula dengan dukacita. Tapi saya tidak pernah mengeluh. Saya diam seketika lantas berkata, takpela, bukan rezeki di sana,mungkin kat tempat lain,sabar je la dulu. Dan rezeki saya di 'sana' rupanya. Kyreil! Wait for me! Haha. Dia baru saja hari kedua bekerja di sana. Harap sama tempat la. Ada kawan tak la bosan. Hehe. Okeylah. Setakat ini saja. Bertemu lagi di lain waktu. Assalamualaikum. =)

7 komen je kamu bagi?:

Abd Rahim said...

Tahniah ler krn dapat keja..keja tue rajin2

NOR AIN said...

terima kasihh. =) okey.

azie said...

Congrats Ain! Syukur Alhamdulillah! Akhirnya eh? Kerja katner? Rajin2 tau. Hehe.

Unknown said...

Waa lama tak masuk blog ain .

Dah adapat kerja ? Tahniah .

NOR AIN said...

azie; heheh. thanks ajie. syukur. keje dengan uitm je la. kata setia dengan uitm. selamanya dengan uitm. hehe.

NOR AIN said...

touya; heheh. yup. takpe. bila ada masa free barulah jengok. thanks. =)

crosz said...

dah dpt keje ker ain?? tahniah.... :)