03 December 2009

ALLAH MAHA BESAR!

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Semoga sihat sihat la hendaknya ye. Alhamdulillah saya juga masih boleh dikatakan berada dalam kesihatan yang sempurna. Lama sudah saya tinggalkan blog ni terbiar tanpa sebarang cerita dari saya. Kerana kekurangan idea,saya biarkan saja blog ini dan hanya mengikuti aliran perkembangan beberapa blog insan yang amat saya kasihi. Mengikuti perkembangannya dari jauh dan berdoa yang terbaik untuk mereka itu sudah cukup memadai bagi saya.

Tanggal 27 November, semua umat islam menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha. Dan keluarga saya juga turut mengindahkan raya tahun ini dengan ibadah korban. Syukur alhamdulillah keluarga saya dilimpahi sedikit rezeki dan mampu untuk berkorban pada tahun ini. Ayah la yang kuat sangat nak korban. Dan saya amat menghormati keputusan ayah saya. Disebabkan kami sekeluarga hanya berlima,kakak ipar dan nenek juga turut tersenarai dalam korban tersebut.

Seperti yang disuruh,kami bertujuh harusla turut serta semasa ibadah korban dan penyembelihan itu dilakukan. Pada mulanya saya rasa ragu dan ingin mewakilkan saja. Yela takut la jugak kan kalau tetiba pengsan. Hehe. Tapi saya tetap beranikan diri saya mengadap proses itu. Dan yang peliknya,saya tak rasa takut dan kasihan pada masa itu. Ajaibnya kuasa Allah kan, dihilangkannya rasa takut dan kasihan itu. Asalkan kita tahu apa tujuan kita. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan olehNya. Allah Maha Besar!

Selesai sudah,daging korban pun dibahagikan pada org ramai yg hadir. Tak terkecuali saudara mara yg bertandang ke rumah dan mereka turut dijamu dgn hidangan raya. Amat la penat. Basuh pinggan tak henti2. Tak sempat beli pinggan kertas tu. Huhu. Tapi takpe. Hati suka dan gembira bila dah selesai. Berbaloi baloi! Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Adha~

0 komen je kamu bagi?: