03 December 2009

-21 SUDAH UMUR SAYA-

2 Disember 1988. 21 tahun sudah berlalu. 2 Disember 2009 iaitu bertarikh semalam genapla saya berumur 21 tahun. Huhu. Apa nak buat kan. Ujung tahun plak baru saya keluar dari perut mak. Kawan2 lain plak dah semakin tua nak menjangkau angka 22 pun. Saya plak yang baru nak merasa angka 21. Huhuhu. Takpela. Masih belum dapat terima angka 22 tu lagi. Dah rasa macam dewasa sangat la plak. Macam terpanggil untuk kahwin dah. Haha.

Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to ain~ Happy birthday to you~ Huhuhu. Mengharapkan seorang insan dapat menyanyikan untuk saya. Tapi tak terkabul. Cuma ucapan melalui penghantaran sms saja yg diterima. Tapi takpe. Di saat2 sekarang ini, saya tak mampu untuk mengharapkan yang lebih. Itu sudah cukup memadai untuk dua dua pihak kan. Dan sebenarnya saya sendiri tak menyangka dia akan meng'sms' saya untuk meng'wish' birthday saya setelah apa yang berlaku berbulan lamanya. Itu tak penting. Yang lebih penting dia mengatakan sesuatu dihujung msg itu. Saya tahu dia mmg dah masak kot perangai saya. Kalau sebut pasal mati atau sesuatu yg buruk menimpa dia,pasti saya akan menghubungi dia semula.

Memang itu kelemahan saya. Tak terbayang bagaimana perasaan saya kalau betul sesuatu yang buruk menimpa dia. Dah boleh melupakan cuma perasaan ambil berat tu pasti masih ada untuk seseorang yang telah lama kita kenali. Betul tak? Dan sepanjang hari saya biarkan saja msg itu dan berfikir patut ke saya membalas untuk mendapatkan kepastian. Dan yang nyata disaat akhir saya lawan sikap ego saya. Kali ini saya betul betul pasti dengan tujuan saya. Hanya sekadar mendapatkan kepastian dan bertanya khabar yang sebenar. Tiada tujuan yang lain. Dan Alhamdulillah dia dalam keadaan baik dan Allah masih berikan dia kesempatan untuk hidup di dunia ni. Rasa macam nak lempang je dia laju laju, tapi tak boleh la, anak teruna orang tu. Huhu.

Sedih jugak la bila dia kata dia okay. Bukan sedih sebab dia tak cedera. Hahaha. Cuma sedih menangis gembira bila tahu dia tak pape. Adehhh, mcm mana la ayat aku ni ek. Hehehe. Apa ni nangis nangis,umur dah 21 pun nak nangis. Huhu. Yang nyata, saya dah kuat sekarang. Mak bagi makan biskut TIGER. Hehehe.

Jadi kepada pembaca sekalian,nasihat saya, memandu la dgn berhati hati. Ingatlah orang yang tersayang dan orang yang menyayangi anda biarpun anda hanya menganggap dia sebagai patung mainan pooh tu barbie ke doraemon ke an. Jangan berangan dan berkhayal semasa memandu. Dan yang penting baca doa menaiki kenderaan supaya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah~

Terima kasih pada yang mengucapkan selamat hari jadi pada saya. Mmuuahhh~ Sayang korang~

4 komen je kamu bagi?:

Unknown said...

Dah masuk 21 ? Boleh kahwin dah kot ?

NOR AIN said...

hehe. tak boleh lagi. muda lagi. calon pun takde lagi. hihi.

Unknown said...

Takda calon ?

Saya ! Saya ! Saya !

*sambil terlompat-lompat angkat tangan

NOR AIN said...

haha. apa tunggu lagi. cepatla datang meminang. hihi.