21 October 2009

3.45 PAGI

3.45 pagi. Betul. Jam di laptop menunjukkan pukul 3.45 pagi. Dan saya masih di sini mengadap laptop dgn hanya bersuluhkan cahaya darinya. Saya terpanggil untuk menulis di sini sambil telinga diperdengarkan lagu bertajuk 'malam semakin dingin' dendangan Spin. Ya, mmg saya peminat kumpulan itu sejak dari bangku sekolah lagi. Sampai sekarang saya merupakan peminat mereka yang setia. Huhu.

Bukan senang nak senang. Itu mmg sering saya dengari sejak beberapa hari ini. Dan kebenaran itu saya setujui. Sebab bukan senang juga nak melelapkan mata seperti saya sekarang. Haha. Saya hanya manusia biasa yang mahu melontarkan apa yang tersimpan di hati. Memang saya dalam dilema. Memikirkan penyelesaian kepada beberapa perkara. Dia atau dia? Ya atau tidak? Betul atau salah? Ada atau tidak? Mungkin atau tidak mungkin? Faham atau tidak? Maaf atau tidak? Dapat atau tidak?

Setiap apa yang kita buat dan kita cakap, akan menjadi percakapan orang lain. Tak kira la sama ada benda yang kita buat tu betul atau salah, tetap akan menjadi buah cakap org lain juga. Tak semuanya apa yang mereka cakap itu salah dan tak semestinya semua tu betul. Yang penting jangan biarkan orang lain membentuk kita menjadi seseorg yg bukan kita.

Yang paling utama, kita perlu buat sesuatu yang betul. Saya bukan la seseorg yang selalu taat pada perintah Allah s.w.t . Tapi saya akan mencuba untuk berubah kearah yang lebih baik dan mulia disisiNya. Mencuba itu lebih baik dari tidak berbuat apa apa kan? Selalulah berdoa agar diberikan petunjuk dan hidayah dariNya. InsyaAllah segalanya pasti akan menjadi mudah dan lancar dalam mengharungi hidup penuh ranjau ini. Sekian saja buat kali ini. Moga bertemu lagi.

2 komen je kamu bagi?:

cool_tricks91 said...

kepada: kak ain mengada ayam itik angsa jongengs..(hahaha)

hurmmm....saya try dgr lagu yg akak mengada dgr 2..mmg best glaaa.tapi model dia yg pompuan 2..hahahaha...besar gla spec dia:P..tapi x de la dgr pukul 3.45 pgi...saya dgr puku 3.45 petang...hahaha:P mengada

NOR AIN said...

maklumbalas kepada : iskandar arnag jongang minum susu anmun

lagu apa ke? lagu spin ni ke? ahaha. tak perasan pun model pompuan tu. fokus kat achik jer. hikhik. mengada jer jongang ni. tak buat susu kang baru tau. huhuhu.