17 February 2010

RUMAH SEWA SG BULOH??

Assalamualaikum. Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Agak lama blog milik saya ini tidak dibuka. Apatah lagi untuk menulis didalamnya. Bukan menyepikan diri. Cuma disebabkan kelapangan masa yang agak terhad ketika ini. Jika bukan dirumah, pasti saya ke luar mencari rumah sewa di sekitar sg buloh. Tapi nasib belum menyebelahi saya. Hanya mampu mencari sehingga termampu.

Kita sebagai manusia biasa selalu meragukan akan keputusan yang dibuat. 'Hermm,betul ke tak apa yang aku buat ni?', 'Macam mana kalau tersilap langkah?', 'Apa pula pandangan orang nanti?'. Itu semua bermain main dikotak fikiran saya. Tapi akhirnya saya yakin dengan kata kata yang lahir dari mulut seorang ulama iaitu Ustaz Azhar Idrus. Beliau berkata 'meragukan sesuatu yang datangnya dari Allah, sama seperti ragu dengan Allah swt'. Dan saya percaya setiap tindakan yang diambil ada kemanisan dan kepahitannya. Hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin Yarabbal Alamin.

Dikesempatan ini ingin saya meminta jasa baik jika ada sesiapa yang mengetahui rumah untuk disewa disekitar Sg buloh. Inform pada saya secepat yang mungkin. Sila tinggalkan message di sini dan saya akan menghubungi kamu semula. Sehingga bertemu lagi dilain waktu.

02 February 2010

AT LAST BUT NOT LEAST ;-)

Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran ku kepada yang berhak menerimanya iaitu Allah swt. Dalam saya menjalani kehidupan seperti biasa dengan penuh penantian dan kesabaran, akhirnya hari ini saya mampu menarik nafas lega yang panjang. Gembira saya tak terkata. Hanya mampu mengukirkan senyuman setiap masa.

Assalamualaikummm. Assalamualaikum. Pakcik posmen pun sampai. Agak lewat dari yang selalunya. Surat yang agak besar. Hati saya dah terdetik. Tapi tidak terlalu mengharap. Dengan bertemankan mak di sisi saya, saya bukak dengan cukup perlahan. Terlalu sopan gayanya. Hihi.
TAWARAN ....................... Alhamdulillah. Kelu saya tidak berkata dan lantas menyerahkan surat itu kepada mak saya. Kami berdua akhirnya tersenyum. Sampai juga impian saya untuk bekerja. Dan harapan saya ingin menghantar mereka menunaikan haji dengan gaji yang sudah cukup bagi saya itu. InsyaAllah. Semoga semuanya akan dipermudahkan. Ameeenn~

Betulkan kata saya dahulu sebelum ini. Dipenghujung kesabaran,pasti ada kemanisan. Rezeki kita ada. Cuma datangnya antara lambat dan cepat. 4 kali saya pergi temuduga di UM,UPM,UKM dan UITM. Satu satu surat dari uni tersebut yang saya terima. Semuanya bermula dengan dukacita. Tapi saya tidak pernah mengeluh. Saya diam seketika lantas berkata, takpela, bukan rezeki di sana,mungkin kat tempat lain,sabar je la dulu. Dan rezeki saya di 'sana' rupanya. Kyreil! Wait for me! Haha. Dia baru saja hari kedua bekerja di sana. Harap sama tempat la. Ada kawan tak la bosan. Hehe. Okeylah. Setakat ini saja. Bertemu lagi di lain waktu. Assalamualaikum. =)