06 November 2009

SAYA BLUR!

Blur! Kenapa blur? Saya pun tak tahu. Dah nama pun blur kan, mcm mana la nak tahu. Huhu. Hari ni dari pagi sampai la ke malam, mendung je sekeliling sini. Hujan pula turun pada tengaharinya. Tak lebat mana. Keadaan yang sungguh selesa untuk menidurkan diri. Hehe. Kurangkan tidur ain! Kurangkan tidur! Nanti makin membesar mcm belon badan ko.

Apa ek nak tulis kat sini. Hurmmm,tak ada apa yang menarik sangat bagi saya. Hari selasa lepas saya ke Bangi. Ke UKM untuk menghadiri temuduga lagi. Saya sampai di sana tepat2 la pada pukul 8.30 pagi. Keluar je dari lif, sungguh ramai! Ramai sgt2. Kalau tgk pada senarai nama, ada 31 org. Dan saya yang ke 26. Tunggu punya tunggu sampai la ke group yg terakhir iaitu group saya. Kata seorg staf, masuk sebelum ni tiga2 org. Tapi kami disuruh masuk berempat. Dan bermulalah sessi soal jawab. Lebih kepada sessi mengenal diri pada saya. Sebab antara soalan2 yg ditanya adalah;

'kamu asal dari mana?'
'negeri sembilan kat mana?'
'apa hobi kamu?'

Tiada pun soalan yang berkaitan dengan practikal atau pelajaran. Cuma ada satu soalan yang mungkin sipi2 berkaitan dgn praktikal.

'Kamu sebelum ni di HUKM kan? So mcm mana? Ada tak terlibat dengan kerja2 luar?'

Setakat ini, saya menjawab dgn penuh jujur. Yang juga terlintas difikiran saya pada ketika itu.
Tapi ada kalanya,bila seseorang bertanya, kita rasa kita dah jawab dengan baik. Walhal, pada pandangan org lain,jawapan itu tidak cukup baik bagi dia. Itu bergantung pada pandangan masing-masing. Kita rasa kita dah buat dengan cukup sempurna, tapi tidak pada org lain. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain lain. Tak semua hati manusia merasai sesuatu perasaan yang sama. Itulah risiko yang kita harus hadapi dengan setiap pengucapan kata dan tindak laku kita pada semua benda. Mungkin ada kesudahan yang baik, dan mungkin juga kesudahan yang buruk. Itulah lumrah alam. Tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal terjadi selepas ini kerana ianya milik mutlak Allah s.w.t. Tapi kita sebagai umat islam, masih ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mencapai matlamat kita iaitu jangan putus berdoa kepada Allah. InsyaAllah diperkenankan olehNya.

2 komen je kamu bagi?:

Anonymous said...

semoga berjaya dalam temuduga

NOR AIN said...

terima kasih. =)