Mengantuk! Sangat la mengantuk. Saya bangun setelah dikejutkan oleh mak hampir 3 kali. Dalam keadaan mamai, saya sempat melihat sekilas ke jam di handphone saya. Dah pukul 7.45 pagi! Dengan cepat saya capai tuala dan menuju kebilik air. Tak sedar diri betul. Ko igt Kota ni dengan Shah Alam tu dekat ke ain? Haha. Setelah bersiap, terus bertolak ke sana pada pukul 8.30 pagi. Dan sampai disana sudah pun pukul 10 lebih.
Ketika itu khairil sudah pun berada di sana dgn meng'sms' suruh cepat kerana ke'tidakselesaan' disebabkan semuanya perempuan. Sampai je disana, mmg terkejut sebab bak kata khairil ramai sgt dan semuanya perempuan. Dia je sorg lelaki. Mmg ramai. Tgk senarai nama kat dinding ada 41 org. Tapi tak tahu la berapa ramai yang hadir. Dengan khairil bernombor giliran ke-22 dan saya yang ke-40. Hoho. Jauhnya beza kedua last plak tu. Sempat la teman khairil tu g makan kat kantin bawah. Sedang dia beratur beli makanan, mata sempat melirik manusia2 yang berada di sana. Haha. Memang hobi ni.
Kelihatan seorg lelaki sedang makan bersama seorg teman. Sekali pandang,mata bertemu mata. Lepas tu buat mcm biasa, pandang hp kat tangan. Hati tergerak nak tgk lagi. Kali kedua pandang, pun bertemu juga. Dan seterusnya juga kali ke tiga. Hahaha. Kantoi. Pandang dia, dia pandang sama. Mesti dia student kat uitm juga kan. Tapi tak sure la plak fakulti mana. Haha. Sempat lagi meng'usha' org.
Saya kebosanan bila khairil dah balik. Jadi saya pun meramahkan diri menegur seseorang yang berada dihadapan saya. Kelihatannya sungguh mesra juga. Walaupun tanggapan saya pda mulanya amat berbeza. Tapi tak kenal maka tak cinta. Kan? Nama yang diberi adalah Nur Azah. Dan hanya disuruh memanggilnya sebagai aza. Berasal dari kelantan. Berumur 23 tahun. Menceritakan perihal masing2 seperti berasal dr mana,study di mana, dan sebagainya yang terlintas. Sebelum masing-masing dipanggil untuk ditemuduga, saya sempat meminta no telefon dia dan begitu juga dia. Itu untuk kegunaan masa depan.
Secara kesimpulannya, sebuah perhubungan itu bole terjadi di mana-mana saja,bila-bila masa,dan pada sesiapa saja tak kira umur, pangkat dan sebagainya. Asalkan punya hati yang ikhlas dalam mengeratkan silaturahim sesama insan, itu yang sebaiknya. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Marilah kita menjalinkan hubungan silaturahim sesama kita, tanpa ada sifat bermusuhan dan dengki. Dan juga tanpa pernah mengharapkan sesuatu diatas setiap hubungan itu.
12 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen je kamu bagi?:
Post a Comment