Assalamualaikum. Ramai dah yang cerita kat blog pasal hari raya mereka. Saya pun tak terlepas peluang untuk menceritakan perihal raya saya pada tahun ini. Agak lambat tapi masa ini saja yang mampu sy gunakan untuk menulis di sini. Seperti yang dirancang,kami sekeluarga akan beraya di Kuala Pilah pada hari raya pertama. Tapi keberangkatan kami ke sana agak lewat diwaktu ptg kerana menanti kepulangan abg yg bekerja pada hari tersebut. Ptg pun ptg la janji balik gak kan. Ramai sedara mara yg sudah pun pulang ke kampung 2-3 hari sebelum raya. Selepas beberapa jam kami pun bergerak keluar dr rumah atuk dan nenek. Kali ni menuju ke rumah saudara mara ayah yg juga terletak di Kuala Pilah. Urm agak lama rasanya dah tak jumpa mereka. Yang tak kenal dikenalkan. Best best! Hehe. Sampai di rumah jam menunjukkan hampir ke pukul 10 malam.
Hari raya kedua. Saya terjaga dr tidur disebabkan hp yg tiba2 menyanyi lagu taking back my love. Ayah sy yg menelepon rupanya. Dalam hati dah berbisik dah. Pagi2 dah merayau. Haha. Rupanya ayah menyuruh sy memasak air dan mengemas apa yg patot sebab nak buat open house. Tibanya ayah dan mak ke rumah membawa sebaldi besar yg berisi sate yg belum dibakar. Ha,dah faham sgt la. Ni mesti nak buat barbecue ni. Ayah pun mengeluarkan tempat bakar sate dari stor. Kalau nak tahu,masa baru2 kahwin dulu ayah dan mak berniaga kat Kuala Lumpur. Jual sate. Hehe. Bila dah balik tu mmg tak duduk diam la. Kami semua membuat persiapan terus. Alhamdulillah ramai juga yg dtg. Tapi semuanya saudara2 dan kenalan ayah dan mak. Saya pun tak sempat nak jemput kawan2 disini sebab mmg last minute sgt. Huhu. Takpela. Next time insyaAllah jika ada peluang dan panjang umur.
Hari raya ketiga. Saya dan keluarga berada dirumah atuk dan nenek. Selepas buat open house kami terus berkemas dan balik ke kg Kuala Pilah semula. Hari ni pula ada tetamu dtg ke rumah atuk dan nenek. Dtg bukan seorg dua. Tapi berbelas2. Dah la masa tu yg ada kat situ atuk nenek ayah mak mak lang dan saya. Yg lain pula g mandi jeram. Ceyh,menyesal tak ikot. Urm dah tentu la sy yg kena buat semua kan. Tp takpela sekurang2nya hilang juga penat tu selepas ade suara tetamu berkata 'wahhh,baik cucu nenek ni. Bukan senang nak dpt cucu mcm nie'. Tersenyum lebar terus. Wahaha. Ptg plak kami berangkat ke Juasseh. Rumah pak sedara ada kat sana. Sempat la jenguk2 kebun kat belakang uma dia tu. Dah lama tak dtg. Dulu selalu sgt ikot ayah g sana. Gi memancing. Gi kutip buah buahan. Lepas tu ada kolam itik dan angsa. Bila tgk itik tu teringat plak pada seseorg yg sy pernah ckp kat dia mcm nie. 'Kenapa ek kalau tgk itik jer mesti tingat kat Akim'. Hahaha. Jahatnya aku. Dan senja hampir melabuhkan tirainya,kami pun terus berangkat pulang.
Hari raya keempat. Hanya duduk di rumah kerana menerima beberapa panggilan saudara mara yg ingin berkunjung ke rumah. Hari raya kelima juga. Hari raya keenam. Sempat berjalan raya ke Seremban saja. Itupun bergegas pulang sebab saudara dah janji nak dtg. Hari raya ketujuh pun duduk di rumah saja. Masih ada tetamu yg dtg. Semalam menerima beberapa msg yg mengajak dtg kerumah mereka. Dan mengajak jalan raya bersama. Minta maaf kepada pijah dan mas shahrul. Kita hny merancang. Tuhan menentukan. Hari lain insyaAllah. Hari raya kelapan hari ini la. Haha. Rasa tak sedap badan la plak. Sakit kepala. Pening2. Perut meragam. Badan rasa sejuk2. Adehh. Kesimpulannya raya tahun ni amat bermakna bagi saya. Yang terpisah disatukan kembali. Yang jauh didekatkan. Yang bersalah meminta maaf. Yang bersalah dimaafkan juga. Dan yg paling penting yang tak kenal dikenalkan. Yang mesra dieratkan kemesraannya lagi. Alhamdulillah. Sekian saja pada kali ini. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin semua.
p/s = tiada pic sempat diabadikan cuma pic itik di kebun pakcik jer menarik perhatian saya.
2 komen je kamu bagi?:
bes gler itik2 tu..curik seko 2 anak ikik tu buat main bes tu...
hehe. mmg best pun. suke je tgk itik2 tu beratur nak turun kolam. pastu beratur nak naik tmpat makan dia.
Post a Comment