27 July 2009

SATU PERMULAAN

Assalamualaikum.....

Di sini elok saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Nor Ain Bt Abd Manap. Berumur 21 tahun pada tahun ini. Tapi masih lagi menikmati angka yang sangat bertuah bagi saya iaitu 20. Ini kerana saya dilahirkan pada penghujung tahun iaitu pada bulan 12. Saya berasal dari pekan Kota, Negeri Sembilan. Jangan tanya kota mana. Tapi memang nama pekan ini Kota. Saya mempunyai 3 org adik beradik dan saya merupakan anak yang bongsu. Saya bersekolah di SRK Tunku Besar Tampin kemudian ke SMK Tunku Besar Tampin dan kemudian ke Uitm Shah Alam di mana Fakulti Sains Kesihatan saya bertempat di Jalan Othman Petaling Jaya. InsyaAllah semua kos yg berada di Petaling Jaya tersebut akan dipindahkan pada hujung tahun ini ke tempat baru iaitu Puncak Alam. Alhamdulillah,saya telah berjaya menamatkan pengajian saya selama 3 tahun di peringkat diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Dan sekarang saya hanya menunggu detik untuk menghadiri konvokesyen saya. Semoga Allah S.W.T memberikan kelapangan kepada saya dan keluarga untuk bersama sama meraikan peristiwa tersebut. Walaupun hanya mengenggam segulung diploma, sudah tentu saya ingin mengabadikan kenangan yang bernilai itu bersama sama orang orang yang saya sayangi. Aminnn. Sekian sahaja buat kali ini.

6 komen je kamu bagi?:

R.R said...

skema gilak.. hahahhaha

NOR AIN said...

hahaha. biasa la. tgk la orgnye plak. kena la kekal kan wanita melayu terakhir. btw,thank you. =)

eleza737 said...

wakakakaka aah skema

NOR AIN said...

hahaha. biar la begitu.

ADY AIDIL said...

anak bonsu erk.........same la....

NOR AIN said...

iyerrr.