29 July 2009

PERSIAPAN UNTUK HARI ESOK

Assalamualaikum.......

Hari ini hari rabu bertarikh 29hb 7 2009. Ini bermakna saya akan menghadiri temuduga tersebut pada hari esok. Urm... satu hari saja masa yang diberikan untuk saya menyediakan diri dengan soalan soalan yang mungkin di tanya oleh mereka esok. Berbagai bagai soalan yang terlintas di fikiran saya. Mungkin salah satunya berbunyi mengapa kamu memilih UM? Mungkin juga berbunyi mengapa kamu berminat dengan UM tp bukan tempat lain? Mengapa mengapa dan mengapa? Hahahaha. Selain memperlengkapkan diri dengan soalan2 itu walaupun masih belum lengkap, sy juga berusaha menopup telepon sy semata mata untuk men'sms' kawan2 sy yang mana mereka lebih berpengalaman dr saya. Maklum la ini merupakan interview pertama sy. Banyak perasaan yg bercampur di dalam ati sy. Ada rasa takot. Ada rasa gumbira. Ada rasa excited. Ada rasa cuak. Waaaa,hny Allah s.w.t saja yang tahu segalanya. Ya Allah berikan aku kelancaran untuk menghadapi hari esok. Aminnnn.....

Di sini sy sertakan lirik lagu dari kumpulan hijjaz yang bertajuk 'Rimbun keampunan'... Lagu ini sy jumpa ketika ati dalam keadaan resah dan kuciwa lantas membuka youtube dan mendengarnya. Ayat tak bleh tahannn. Hehehe. Lagu ini la yg selalu sy dgr sekarang dan lama lama sy juga menjadi suka dgn lagu ini. Liriknya elok untuk didgr dan dihayati. Mungkin kamu semua juga boleh mencuba untuk dgr. Mungkin halwa telinga kita berbeza tetapi ini la yg sy rasakan.

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatanku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukanMu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikanMu Oh Tuhan

Pada saat sy menulis blog ini jam di laptop menunjukkan sudah pukul 5.51 ptg. Sy sebenarnya baru balik dari Tampin untuk print resume sy. Sempat lagi singgah di KFC untuk melepaskan rindu sy pada cheesy wedges. Huhu. Peberet ni! Selepas balik terus buka laptop dan menyusun dokumen2 yg harus di bawa esok. Selepas ini saya mau mandi dan mengimbas kembali apa yang di buat ketika praktikal di HUKM dulu. Huhu. Doakan yg terbaik buat sy ya? Sekian buat kali ini... Wassalam

2 komen je kamu bagi?:

Anonymous said...

all da best utk interview sok...
chayuk2..

NOR AIN said...

hehe. sape ke nie? mcm kenal je. btw,thank you!