02 November 2009

THE END!

sekian. the end. waaa,sedihnya. Cerita Sumpah Bunian yang selama ini saya follow sudah tamat. Rasa macam sekejap sgt cerita ni. Tak puas la plak. Itulah manusia kan. Tak pernah puas dgn apa yang ada. Kalau boleh,nak lebih2 lagi. Bak kata pepatah,bagi betis nak paha. Tapi kan,saya mmg tak suka betis atau paha. Saya nak dada jer. Hehe. Patutnya bersyukur kan,masih mampu untuk menonton. Fikirkan pula pada mereka yang tak mampu dari segi masa dan harta. Ya Allah,banyak kelebihan Kau berikan pada hambamu yang lemah dan hina ini. Alhamdulillah. Moga aku tidak lepas dari bersyukur kepada Mu Ya Allah.

Kita terus rujuk kembali ke cerita tersebut. Secara kesimpulannya, Adam telah melanggar sumpah dan janji kepada Hawa bila dia mengungkit kembali asal usul Hawa yang merupakan bunian. Akibatnya, dia telah dipanah petir manakala Azira pula dimasukkan di pusat sakit jiwa. Hawa telah dibawa kembali oleh ayahnya ke tempat asal mereka iaitu sebagai bunian. Kini Hawa hanya boleh melihat Adam tanpa boleh bercakap dan menyentuh Adam. Hawa juga tidak boleh memperlihatkan diri dihadapan Adam.

Amat mudah untuk kita berjanji dan berkata2 manis. Tapi tak mudah untuk menepati dan melaksanakannya. Itulah manusia. Cemburu menjadi racun kepada perhubungan. Fikiran pula dikawal oleh nafsu. Nafsu boleh menjadi penyebab kepada setiap perkara buruk yang berlaku. Cinta yang indah itu tidak wujud. Melainkan cinta pada Allah s.w.t . Jadi. Sekarang saya nak menyiapkan diri pula untuk menghadapi hari esok. Ya Allah,lancarkanlah temuduga ku buat ke tiga kali di Bangi esok. Sekian saja buat kali ini. Moga bertemu lagi. InsyaAllah. Assalamualaikum.

(sekadar selingan)

0 komen je kamu bagi?: