Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
dia datangkan petir dan kilat,
kita menangis dan tertanya tanya,
kemana hilangnya sinar,
rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Sakit! Sakit sangat! Apa yang sakit? Okey kah? Sihat kah? Haha. Tenang ya pembaca. Saya sihat walafiat. Cuma hati terasa begitu sakit dan parah lukanya bila sekali lagi membiarkan ego mengemudi keputusan yang dibuat. Hari ini saya banyak menggunakan masa dgn melayari internet. Hampir semua account saya buka. Itu termasuklah myspace,facebook,friendster dan blogspot. Di mana hati saya sgt tersentak bila membuka profile salah sorg yg dulunya amat penting bagi saya. Dan mungkin juga masih penting sekarang. Hancur hatikuuuuu..... mengenang dikauuuu.. menjadi keping keping.... setelah kau pergiii.... perghhhh! Walau apa pun,aku masih harap kau akan hidup dgn bahagia. InsyaAllah doaku akan sentiasa mengiringimu. Senyumanku juga masih ikhlas untukmu. See. Saya senyum ni. =)
Ya Allah.. Kau buang la sifat ego yang bergelumang dalam diri ku ini. Saya telah berjanji. Walau apa pun pengakhirannya selepas ini,semuanya akan menjadi tanggungjawab saya. Menyesal atau tidak, saya akan sentiasa menyiapkan diri untuknya. Tabahkan hatiku Ya Allah. Ku memohon pada Mu. Disaat ini,saya masih menaip sambil mendengar radio dilaptop. Nak tahu channel apa? Nasyid fm! Haha. Tak pernah rasanya bukak selain Ikim fm. Sekadar mencari tabiat baru selain dapat menenangkan diri dgn lagu lagu dan zikir yang sering diperdengarkan. InsyaAllah.
Ya Allah. Aku hanyalah hamba Mu yang lemah dan hina. Aku yang sering membuat kesilapan dan lupa kepada Mu Ya Allah. Aku selalu lalai untuk mengingati Mu Ya Allah. Aku ketahui setiap hari ada saja yang pergi untuk bertemu Mu Ya Allah. Aku tertanya sama ada amalan dan ibadatku cukup untuk bertemu Mu Ya Allah. Aku menyedari akan segalanya Ya Allah. Jangan lah kau ambil nyawaku sekarang Ya Allah. Berikanlah aku peluang untuk sentiasa beribadat kepadamu Ya Allah. Bukakan la juga pintu taubatku Ya Allah. Suburkan lah cinta ku kepada Mu Ya Allah agar tidak melebihi cintaku pada manusia. Agar aku bersedia untuk bertemu Mu Ya Allah.

0 komen je kamu bagi?:
Post a Comment