24 October 2009

KENTANG DIBENCI

Assalamualaikum. Ingin saya berkongsi satu cerita di sini. InsyaAllah dapat memberikan kebaikan kepada kita.

Seorang guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu 'permainan'. Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik bersama beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan diberi nama berdasarkan nama-nama orang yang dibenci. Jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa tetapi bergantung pada jumlah orang yang dibenci.

Pada hari tersebut, semua murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah3,5 dan ada juga yang lebih. Sepertimana perintah guru-guru mereka, tiap-tiap kentang diberi nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya, murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi,bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari. Kentang-kentang pun mula menjadi busuk. Murid-murid mulai mengeluh,apalagi yang membawa 5 atau lebih kentang, selain berat, baunya juga tidak menyenangkan. Setelah 1 minggu, murid-murid tersebut merasa lega kerana penderitaan mereka akan berakhir. Lantas guru bertanya 'Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu?

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut,secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut kemana saja mereka pergi. Guru pun menjelaskan apa erti 'permainan' yang mereka jalankan.

Guru berkata 'Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu hanya baru satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang-kentang busuk) kebencian itu seumur hidup pula? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya.

6 komen je kamu bagi?:

Anonymous said...

Nasib baik permainan nie ngan budak tadika .
Klu ngan budak sekolah menengah konfim hari pertama diorang dah buang .

NOR AIN said...

haha. yela kan. budak tadika ni masih baik lagi. ikut jer kata guru mereka.

ADY AIDIL said...

banyak pengajaran d sebalik cerita d atas...

NOR AIN said...

yup. terpulang pada kita untuk menafsirkannya.

atin said...

aku x baca pun cter 2....aku komen jew...haha....

NOR AIN said...

hahaha. takpela. thanks sudi singgah dan komen. huhu.