28 October 2009

EGONYA DIRI.......

'datang tau jangan tak datang'
'datang tau,bawak la anak-anak sekali,ain tu'
'datang tak? jangan lupa,ahad ni yer'

Itulah sebahagian kata-kata dan peringatan yang dilontarkan oleh pak cik kepada ibu bapa saya. Mereka datang beraya ke rumah kami lantas mengajak bertandang ke rumah mereka untuk meraikan bersama majlis cukur jambul cucu mereka. Memang jika dikira dgn jari, sudah hampir 4-5 tahun kami sekeluarga tidak menjejakkan kaki ke rumah mereka. Itu semua terjadi disebabkan ada sedikit perselisihan faham berlaku antara mereka. Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya sudah kembali jernih antara mereka. Dan antara orang yang merasa gembira sudah tentu la saya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan dari melihat sebuah keluarga bersatu dan gembira bersama.

Dan akhirnya pada 25hb Oktober kami sekeluarga berangkat menuju ke rumah mereka yang terletak di Nilai. Kami disambut dgn begitu mesra dan baik. Dan mata saya tidak lepas dari memandang mereka. Setiap saat yang diluangkan disana terasa begitu berharga. Selesai semua,kami pun meminta izin untuk berangkat pulang. Selepas bersalaman, kedengaran suara pakcik bertanya 'ain konvo esok yer? tahu jalan ke tak tu?' Hehehe. Tersenyum dibuatnya. Walaupun dah lama tak bersua muka, tapi dia masih mengambil berat tentang anak saudara dia ni. Terima kasih pak cik.

Apa yang ingin saya nasihati di sini ialah, jangan biarkan perselisihan faham itu berpanjangan. Gunakan akal fikiran untuk menyelesaikannya. Dan jangan biarkan hubungan yang telah terjalin putus secara tiba-tiba. Kerana itu akan membawa kelukaan pada diri sendiri dan orang lain. Seperti yang terjadi pada saya lama dahulu. Satu hubungan diputuskan tanpa memberi sepatah dua kata. Itu semua terjadi kerana sikap ego yang mengemudi keputusan saya. Disaat saya menyedari kesilapan yang telah dilakukan,semuanya sudah terlambat. Terlambat maksud saya, mungkin dia sudah hilang kepercayaan kepada kita, hilang rasa hormat, dan mungkin juga perasaan sayang sesama insan sudah hilang. Disaat kita diperlukan, kita telah biarkan ego itu menguasai diri lantas membiarkan dia mengemudi hidup dan harinya sendiri bersama insan-insan lain. Tiada apa yang berguna untuk dikesalkan apa bila ia sudah terjadi. Harapan saya agar diri saya dan pembaca sekalian tidak akan mengalami perkara ini. InsyaAllah
.

0 komen je kamu bagi?: