28 March 2010

PERJALANAN BERMULA

Ahad. 28 March 2010. Saya cuti hari ini. Semalam pun cuti jugak. =p Lama sudah saya tinggalkan blog ini. Last update pada 17 February lepas. Waa dah sebulan lebih tanpa update dan tanpa jenguk dari saya. Kali ini sedikit update dan cerita yang termampu untuk dituliskan daripada saya. Sudah hampir sebulan juga saya bekerja di Sungai Buloh. Duit gaji untuk sebulan juga telah saya rasa. Seronok rasanya bila tekan tekan, then dapat lihat 4 angka. Hahaha. Tapi ayah selalu kata, duduk kl bila dah pakai kereta,duit simpan mesti selalu ada. Betul la tu kan? In case ada emergency ke apa ke, dengan siapa la nak mengadu. Huhu.


Kerja setakat ini okey la. Tapi agak bosan sebab baru saya sorang staf kat tingkat dua tu. Dan bukan sikit, tapi banyak blur. Haha. Tapi takpelah belajar la sikit sikit dulu kan. Dan adanya bantuan dari staf staf yang lebih senior. Berkat kesabaran, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Mudah-mudahan.

Ni nak habaq mai sikit ni. Saya baru sahaja membaca blog seorg yang masih boleh dianggap teman bagi saya. Membaca setiap kata kata dan luahan dirinya ditulis kedalam blog kepunyaannya membuatkan saya tersenyum sendirian. Begitu besar sanjungannya kepada insan yang bergelar wanita. Dan saya juga pelik, melihatkan begitu mudah baginya untuk merasa sedemikian. Tapi tak apa lah. Setiap insan berhak untuk merasa bahagia. Mengikut acuan hidup yang telah dipilih masing -masing. Gud luck for you dear. Happy for you. Serius. Hanya Allah swt yang tahu. =)

Bertemu lagi dilain waktu. Assalamualaikum. Salam ukhwah fillah~