18 October 2009

TROUBLE IS A FRIEND?

Trouble is a friend? Tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Lenka. Satu perasaan dirasai tatkala mendengar lagu ini. Lantas senyuman terukir dibibir tanpa perlu dipaksa. Lirik lagu ini ada yang dapat memberikan saya satu perubahan dan inspirasi kepada saya. Syukur alhamdulillah.

Masalah? Masalah sentiasa menimpa kita tak kira bila, di mana, apa, dan kepada siapa. Teringat saya ketika masih di zaman kebudakan dulu. Diri ini sentiasa gembira tanpa perlu memikirkan masalah dalam menjalani kehidupan. Tapi yang nyata, masa kian berlalu meninggalkan kita dan masa juga akan lebih mendewasakan kita. Mendewasakan diri dalam pelbagai aspek. Dewasa dari segi fizikal dan yang lebih penting mendewasakan kita dari cara kita berfikir tentang kehidupan. Setiap satu satu perkara menjadi tanggungjawab kita. Tak kira la hal kecil atau besar, tapi kita perlu memikirkan segala aspek yang secara langsung atau tidak langsung terkait kepadanya.

Begitulah yang terjadi kepada saya ini yang baru berusia 20 tahun 10 bulan. Secara tidak sengaja, terlintas dikotak fikiran saya pada mereka yang lebih berusia dari saya. Mereka lebih lama dari saya dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Pasti telah banyak masalah dan dugaan ditempuhi. Lantas saya menanamkan sesuatu dalam diri saya. Jangan cepat melatah Ain. Mengapa perlu melatah? Ini baru permulaan. Masih banyak perlu ditempuh. InsyaAllah jika umur panjang.

Lantaran itu, kepada pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca blog serba kekurangan ini, ingin saya nasihati. Janganlah cepat melatah bila ditimpa masalah. Tarik nafas seketika. Mulalah berfikir secara rasional. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t manakala yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Allah menguji kita dengan masalah. Kita dikurniakan sesempurna akal fikiran untuk berfikir dan menyelesaikannya. Ketajaman minda ialah dari kekuatan iman.
Hidup ini tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh membinasakan diri. Perkara yang harus kita utamakan ialah menerima setiap sesuatu dan melaksanakan sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

P/S = lagu telah diperkenalkan oleh saudara iskandar jongang mengada. =p

3 komen je kamu bagi?:

cool_tricks91 said...

kepada: KAK AIN MENGADA JONGENGS SANGT2
hahhahah..zaman kebudakan?? mmg adik ain kita ni masih budak lagi...puting pun...masih terlekat di mulut 2...hahaha...owhh yee..akak patut letak satu lagi kotak pada "pendapat kamu??" iaitu "mengada seperti tuan" sbb saya akan tick pada kotak 2:P hahahah...dan tolong padam ok..iskandar jongang mengada...kang saya tembak baru tau...dia yg jongang..cakap kita..budak2 kann..biasa laa...layan je:P haha

cool_tricks91 said...

dah 2..nak byk2..komen sendiri laa mengada:P hahahaha...malam2 sblm tido pun..minum susu botol lagi:P hahah

NOR AIN said...

maklumbalas kepada : ISKANDAR ARNAB JONGANG JONGONG MENGADA.

Haaa? cakap apa ni? tak faham la. apa tu? tu la jongang sgt sampai tak faham. Haha. Tak nak padam. Padan muka. Kan dah ckp ritu. ada lori ada bas, esok hari aku balas. hahahaa.