Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bunyi mercun yang sambung menyambung dan indahnya deretan pelita menghiasi rumah rumah menandakan hari raya akan tiba. Kini 1 Syawal telah menjelma kembali. Segala persiapan raya juga telah siap 90%. InsyaAllah jika tiada aral melintang esok saya dan keluarga akan pulang ke kampung atuk dan nenek saya yang terletak di Kuala Pilah. Yang pasti kami akan berada di sana sehari sahaja. Bukan jauh sgt pun kan? Raya seterusnya akan disambut dgn menerima kunjungan tetamu ke rumah kami dan ziarahi sanak saudara kenalan. Tiada apa yang perlu diceritakan lagi. Hanya ucapan hari raya yang penting. Di sini,sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga,sanak saudara,dan semua kenalan. Minta maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata terlanjur perbuatan dan sebagainya. Jemputlah dtg ke rumah kami yg serba kekurangan ini. Kami menerima kunjungan kamu dgn pintu terbuka. Cuma sebelum dtg tu,bgtau la dulu. Sebab bukan 24 jam kami berada di rumah. Sekian saja. Moga bertemu lagi di episod akan datang.
19 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen je kamu bagi?:
waaaaaa..........cete.....
mesti borink kat uma....huhu
aah borink la jugak. kalau dah kawin sure tak borink. hahaha. gatal.
Post a Comment