31 December 2009
2010?
Yang paling penting,kita perlu menyediakan diri dengan kesabaran dan ketabahan di dalam diri. Agar tidak melatah kelak dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru. Itu yang selalu berlaku. Termasuk saya. Mungkin anda juga. Walau bagaimana pun, yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang. Menuju la kehadapan. Rancang hidup sebaiknya. Dan jadikan yang lalu sebagai pengajaran. Ambil iktibar. Yang hitam jangan diikut. Yang putih itu suci, itulah yang perlu.
Berkata soal tahun 2010. Ramai blogger yang menyatakan hasrat tahun 2010 mereka. Entah kenapa. Tahun islam di pandang ringan tahun omputeh plak yang diraikan. Mungkin sebab dah terbiasa. Dan mungkin juga angka omputeh 2009 melangkah ke 2010 itu lebih membuatkan mereka semangat? Waallahualam. Renung-renungkan. Assalamualaikum.
30 December 2009
TAG PULA?
1. Adakah anda rasa hot?= Hot and spicy
2. Upload gambar anda yang suka
3. Cerita tentang gambar=Bear ini dibeli di Midvalley. Untuk seseorang yang masih digelar teman. Sangat harum baunya. Sayang nak bagi sebenarnya. Hehe. Dan diberi nama sama seperti seorang insan mengada iaitu ISKANDAR. Bila ditanya kenapa letak nama tu,dia kata dia mmg suka nama ISKANDAR.
4. Selain nama sendiri,apa panggilan yang orang guna untuk panggil kau?=Hampir sama je kot
5. Tag lagi 6 orang= 1. kak zahirah. 2. Eleza 3. Kyreil 4. Azira 5. Ima 6. Adyl
6. Siapakah gerangan no 1 pada anda? = classmate di Uitm
7. Kata sesuatu mengenai orang n0 5 = Ima dan saya orang negeri sembilan. Haha
8. No 3 ada apa hubungan dengan anda? = salah seorang teman yang banyak tahu rahsia saya.
9. Bagaimana pula dengan n0 4? = Azira seorang penuntut di UM
10. Pesanan kepada orang n0 6? = Jangan risau. Saya tetap akan jadi kawan.
11. Kelebihan pada n0 2? = Banyak kot. Tapi paling best, dia pandai main piano.
Okey dah. Pesanan kepada semua yang ditag. Kalau nak buat,dialukan. Tak buat pun takpe. Saya baikkan? hehehe.
29 December 2009
AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH
28 December 2009
BARU!!!!
Hermm. Tapi ada satu yg sama. Tetap warna hijau. Actually hijau bukan lah warna favourite saya. Tapi terminat plak. Hehe. Sebelum ni saya try tukar url blog saya juga. Tapi sekarang saya tukar balik url kepada yang asal. Kekonpiusan melanda pada saya kebelakangan ni. Mintak maap ye kawan-kawan.
Okeylah. Kekurangan idea la plak sekarang ni. Izinkan saya melabuhkan tirai cerita di sini. Kita berjumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum. Smile. =)
11 December 2009
SAYA AIN
Hye rakan rakan yang dikenali. Sekadar ingin memberitahu bahawa saya telah mendelete hampir kesemua account online saya. Itu termasuk fs,ms,hi5,dan juga tagged. Hampir seminggu dah saya delete. Semalam pula saya deactivate my facebook. Nak delete rasa berat hati sebab hampir semua rakan2 ketika disekolah dan uni ada di facebook. So hari ni saya reactivate semula. Hehe. Sekarang hanya tinggal facebook dan juga blog ini.
Dari dulu takde la berapa berminat dengan benda2 ni. Tapi bila dah dapat modem dan juga broadband,masa tu la excited nak register semua account tu. Dah nak hampir setahun saya guna broadband ni. Dan kini saya rasa saya dah ta perlukan account tu semua. Cukupla sekadar facebook dan blog. So sesiapa bole la contact me through my facebook,blog,ym and my phone number. Kot ada la kan? Hehe. And lagi satu saya dah tukar saya punya url. Jadi http://sayaain.blogspot.com
p/s : To adyl,if you read this. Dont worry. i'm okay. Hahaha. Tergelak baca msg adyl. Nanti dah ada kredit,ain contact balik yer. Take care!
08 December 2009
POEM
In this great city that has no end,
Yet the days go by and weeks rush on,
And before i know it, a year is gone,
And i never see my old friends face,
For life is a swift and teribble race,
He knows I like him just as well,
As in the days when i rang his bell.
And he rang mine but we were younger then,
And now we are busy, tired men.
Tired of playing a foolish game,
Tired of trying to make a name.
'Tomorrow, i say!' I will call on Jim
Just to show that i'm thinking of him'.
But tomorrow comes and tomorrow goes,
And distance betweens us grows and grows.
Around the corner, yet miles away,
'Here's a telegram sir'. 'Jim died today'
And thats what we get and deserve in the end.
Around the corner, a vanished friend.
Remember to always say what you mean.
If you love someone, tell them.
Dont be afraid to express yourself.
Reach out and tell someone what they mean to you.
Because when you decide that it is the right time it might be too late.
Seize the day. Never have regrets.
And most importantly, stay close to your friends and family,
for they have helped make you the person that you are today.
07 December 2009
BENCINTA
06 December 2009
JOM KAHWIN??
Waktu : kala waktu petang yang cerah
Topik : kriteria kriteria calon suami NOR AIN BT ABD MANAP
Pemegang watak : Aku yang kosong,mak dan ayah yang prihatin terhadap calon suami anaknya
Selesai kami menghadiri satu majlis perkahwinan;
Mak ; Ain,nanti kalau nak bersuami jangan tengok rupa. Tak payah la tengok muka handsome handsome comel lawa tu. Asal sedap mata memandang cukup la. Lelaki handsome ni nanti susah jugak. Ramai yang suka.
Aku ; (dalam hati berkata 'aku bukan jenis yang macam tu pun')
Mak ; Lepas tu jangan cari yang kaya kaya.
Aku ; Abis tu,kena cari orang miskin ke mak?
Mak ; Takpe kalau miskin pun. Orang kaya lain caranya. Nanti tak dapat ikut cara dorang.
Ayah ; Takut yang miskin ni cepat lupa diri.
Aku ; (kelu seribu kata sambil pandang kepada mereka)
Mak ; Yang paling penting,cari yang beriman.
Aku ; Ustaz?
Mak ; Maksud mak yang beriman tu yang nanti boleh bimbing ajaran agama. Boleh tunjuk mana yang baik dan buruk.
Aku ; ohhhhh~
Tamat~ Sungguh serius perbualan kami pada pendapat saya. Memang la kalau zaman dulu dulu,perempuan kahwin awal. Lepas spm je terus kahwin. Macam kak ipar la jugak,umur 21 22 ni dah kahwin dah dia. Tapi pada saya,muda lagi kot 21 ni. Masih banyak yang perlu dipelajari tentang kehidupan dan perkahwinan. Aduhh,mereka tak tau anak mereka ni berjiwa kosong sekarang ni. yaleee~
ROTI CANAI DAN ROJAK!
Terpekik ayah di tepi pintu bilik ku. Haha. Sebenarnya dari dua tiga hari lepas cakap la kat dorang tu 'terasa nak makan roti canai la'. pastu disambung 'hermm terasa nak makan rojak la'. Dan hari ni termakbul juga hasrat aku tu. Pagi2 lagi ayah dah keluar pergi beli roti canai and rojak. Waaaa,puas tak terkata. Huhu. Alhamdulillah. Bangun pagi ku pada hari ini tidak seperti semalam. Sakit kepala bila bangun. Mungkin sebab tidur terlalu lewat. Keadaan yang memaksa.
Alone~ And now i'm alone at home. Seperti yang dijangkakan bila musim cuti dah tiba,time nie la ramai yang buat kenduri. Kenduri kahwin la,kenduri cukur jambul la,kenduri doa selamat la,mcm2 la lagi. Dan ikut mood la plak,kalau terasa nak ikut,ikut la mereka. Kalau tak,saya prefer duduk kat rumah je. So tugas2 rumah pun diserahkan pada siapa lagi kan. Haha.
Selesai mengemas rumah, saya duduk menaip di sini. Terkenang saya pada malam tadi. Sebelum ni tak pernah pun ber'webcam' dengan siapa2. Entah kenapa,terdetik di hati saya untuk melakukannya untuk pertama kali. And hasilnya,sempat la saya berwebcam bersama tiga orang di YM. Seronok mmg seronok. Dan syukur kepada Allah swt, walaupun hati ku agak kosong ketika itu,aku masih mampu tersenyum mesra kepada mereka. Alhamdulillah. Semoga ku diberikan kesempatan ini lagi.
05 December 2009
~KEPASTIAN~
2 December 2009 = Kembali
3 December 2009 = Keraguan-kesalahan-keputusan-menunggu masa sesuai
4 December 2009 = Kepastian-masa sesuai-luahan-perpisahan
Secara tak ringkas;
2 December 2009 = Kembali menyambungkan silaturahim.
3 December 2009 = Keraguan terhadap tindakan itu-merasakan ianya satu kesilapan-membuat keputusan-dan menunggu masa sesuai untuk melontarkan
4 December 2009 = Kepastian semakin kuat-merasakan tiba masa yang sesuai-meluahan kata kata permintaan-dan meminta segalanya mesti berakhir sekarang-akhirnya perpisahan.
Mengapa perpisahan yang ku pinta. Hihihi.
Tak ada yang lebih menggembirakan dari melihat orang lain bahagia dengan tindakan kita. Anda pula bagaimana? Fikirlah wahai teman teman. Assalamualaikum.
03 December 2009
-21 SUDAH UMUR SAYA-
Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to ain~ Happy birthday to you~ Huhuhu. Mengharapkan seorang insan dapat menyanyikan untuk saya. Tapi tak terkabul. Cuma ucapan melalui penghantaran sms saja yg diterima. Tapi takpe. Di saat2 sekarang ini, saya tak mampu untuk mengharapkan yang lebih. Itu sudah cukup memadai untuk dua dua pihak kan. Dan sebenarnya saya sendiri tak menyangka dia akan meng'sms' saya untuk meng'wish' birthday saya setelah apa yang berlaku berbulan lamanya. Itu tak penting. Yang lebih penting dia mengatakan sesuatu dihujung msg itu. Saya tahu dia mmg dah masak kot perangai saya. Kalau sebut pasal mati atau sesuatu yg buruk menimpa dia,pasti saya akan menghubungi dia semula.
Memang itu kelemahan saya. Tak terbayang bagaimana perasaan saya kalau betul sesuatu yang buruk menimpa dia. Dah boleh melupakan cuma perasaan ambil berat tu pasti masih ada untuk seseorang yang telah lama kita kenali. Betul tak? Dan sepanjang hari saya biarkan saja msg itu dan berfikir patut ke saya membalas untuk mendapatkan kepastian. Dan yang nyata disaat akhir saya lawan sikap ego saya. Kali ini saya betul betul pasti dengan tujuan saya. Hanya sekadar mendapatkan kepastian dan bertanya khabar yang sebenar. Tiada tujuan yang lain. Dan Alhamdulillah dia dalam keadaan baik dan Allah masih berikan dia kesempatan untuk hidup di dunia ni. Rasa macam nak lempang je dia laju laju, tapi tak boleh la, anak teruna orang tu. Huhu.
Sedih jugak la bila dia kata dia okay. Bukan sedih sebab dia tak cedera. Hahaha. Cuma sedih menangis gembira bila tahu dia tak pape. Adehhh, mcm mana la ayat aku ni ek. Hehehe. Apa ni nangis nangis,umur dah 21 pun nak nangis. Huhu. Yang nyata, saya dah kuat sekarang. Mak bagi makan biskut TIGER. Hehehe.
Jadi kepada pembaca sekalian,nasihat saya, memandu la dgn berhati hati. Ingatlah orang yang tersayang dan orang yang menyayangi anda biarpun anda hanya menganggap dia sebagai patung mainan pooh tu barbie ke doraemon ke an. Jangan berangan dan berkhayal semasa memandu. Dan yang penting baca doa menaiki kenderaan supaya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah~
Terima kasih pada yang mengucapkan selamat hari jadi pada saya. Mmuuahhh~ Sayang korang~
ALLAH MAHA BESAR!
Tanggal 27 November, semua umat islam menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha. Dan keluarga saya juga turut mengindahkan raya tahun ini dengan ibadah korban. Syukur alhamdulillah keluarga saya dilimpahi sedikit rezeki dan mampu untuk berkorban pada tahun ini. Ayah la yang kuat sangat nak korban. Dan saya amat menghormati keputusan ayah saya. Disebabkan kami sekeluarga hanya berlima,kakak ipar dan nenek juga turut tersenarai dalam korban tersebut.
Seperti yang disuruh,kami bertujuh harusla turut serta semasa ibadah korban dan penyembelihan itu dilakukan. Pada mulanya saya rasa ragu dan ingin mewakilkan saja. Yela takut la jugak kan kalau tetiba pengsan. Hehe. Tapi saya tetap beranikan diri saya mengadap proses itu. Dan yang peliknya,saya tak rasa takut dan kasihan pada masa itu. Ajaibnya kuasa Allah kan, dihilangkannya rasa takut dan kasihan itu. Asalkan kita tahu apa tujuan kita. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan olehNya. Allah Maha Besar!
Selesai sudah,daging korban pun dibahagikan pada org ramai yg hadir. Tak terkecuali saudara mara yg bertandang ke rumah dan mereka turut dijamu dgn hidangan raya. Amat la penat. Basuh pinggan tak henti2. Tak sempat beli pinggan kertas tu. Huhu. Tapi takpe. Hati suka dan gembira bila dah selesai. Berbaloi baloi! Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Adha~