30 July 2009

HARI YANG PASTI BERLALU TAPI PERISTIWA PASTI MENJADI KENANGAN

Assalamualaikum...... dan salam sejahtera sy ucapkan pada semua yg sudi membaca.
Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t akhirnya sy masih hidup untuk menghadiri temuduga tersebut. Sy bertolak seawal 10 pg. Urm... tak la awl sgt kan? Sebelum itu,sy sempat singgah di kedai berdekatan rumah sy kerana ada satu page resume sy yg tertinggal untuk di cetak. Selesai sj,terus bertolak menuju ke destinasi. Sy sampai di sana dalam pukul 12 tghari. Ketika itu ada seorg lelaki yg mungkin sebaya sy keluar dr bilik itu. Katanya baru sj abes temuduga. Untuk jawatan yg sama dgn sy. Jadi bru sy tau rupanya ada dua sessi. Sessi pagi dan sessi petang. Dan sy tersenarai dlm sessi ptg. Lantas sy men'sms' kwn sy ajie yg belajar di universiti malaya tersebut dan mengajak beliau untuk makan bersama + menemankan sy sementara menunggu tggu sy ditemuduga. Akhirnya pukul 3 lebih baru la nama sy dipanggil. Ini menjadikan sy calon kedua yg ditemuduga. Haha. Masuk jer sana,ada 4 org sdg menunggu di meja panjang. Terdiri drpd 3 org perempuan dan seorg lelaki. psssttt... laki tu ensem weh. Murah dgn senyuman. I likeeeee..... haha. Dan sy duduk di hadapan mereka. Tak la jauh sgt dgn mereka. Agak2 letak satu kerusi kat tgh jer. Hehe. Dan mula la sessi soal jwb antara kami berempat. Kerana slh sorg dr mereka hanya memerhati sj tanpa menanyakan soalan. Kenyang kot dia baru pas lunch. Hehe. Bg sy yg baru pertama kali menimba pengalaman ini,mereka mengasak sy dgn soalan2 yg sungguh luar alam. Yg tak pernah sy terfikir mereka akan tny. Tp itulah kerja mereka kan. Ingin menguji tahap konpiden kite yg ingin berkerjaya. Selama 15-20 minit sy berada di dalam bilik VIP tersebut,akhirnya sy dibenarkan keluar. Waaaaa,sungguh lega rasanya. Alhamdulillah. Ada jwpn yg boleh di jwb, tp ada yg tak boleh dijwb. Hahaha. Kalau ada rezeki sy di sana,insyaAllah dpt la. Tp kalau tak ada,xpe. Mungkin rezeki sy ada di tempat lain. Kan kan kan? Sesudah itu,ajie dihantar pulang dan sy mencari KFC untuk dimakan. Laparrrrr...dr pagi tak selera makan sebab cuak punya psl. hehehe. Then menuju balik kerumah. Ngantok gilak. Hahaha. Sekian sj buat hari ini. Wassalam.

P/S = To ajie..... Thanks kerana sanggup meluangkan masa menemani sy selama berada di sana hari ini. Thanks! =)

29 July 2009

PERSIAPAN UNTUK HARI ESOK

Assalamualaikum.......

Hari ini hari rabu bertarikh 29hb 7 2009. Ini bermakna saya akan menghadiri temuduga tersebut pada hari esok. Urm... satu hari saja masa yang diberikan untuk saya menyediakan diri dengan soalan soalan yang mungkin di tanya oleh mereka esok. Berbagai bagai soalan yang terlintas di fikiran saya. Mungkin salah satunya berbunyi mengapa kamu memilih UM? Mungkin juga berbunyi mengapa kamu berminat dengan UM tp bukan tempat lain? Mengapa mengapa dan mengapa? Hahahaha. Selain memperlengkapkan diri dengan soalan2 itu walaupun masih belum lengkap, sy juga berusaha menopup telepon sy semata mata untuk men'sms' kawan2 sy yang mana mereka lebih berpengalaman dr saya. Maklum la ini merupakan interview pertama sy. Banyak perasaan yg bercampur di dalam ati sy. Ada rasa takot. Ada rasa gumbira. Ada rasa excited. Ada rasa cuak. Waaaa,hny Allah s.w.t saja yang tahu segalanya. Ya Allah berikan aku kelancaran untuk menghadapi hari esok. Aminnnn.....

Di sini sy sertakan lirik lagu dari kumpulan hijjaz yang bertajuk 'Rimbun keampunan'... Lagu ini sy jumpa ketika ati dalam keadaan resah dan kuciwa lantas membuka youtube dan mendengarnya. Ayat tak bleh tahannn. Hehehe. Lagu ini la yg selalu sy dgr sekarang dan lama lama sy juga menjadi suka dgn lagu ini. Liriknya elok untuk didgr dan dihayati. Mungkin kamu semua juga boleh mencuba untuk dgr. Mungkin halwa telinga kita berbeza tetapi ini la yg sy rasakan.

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatanku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukanMu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikanMu Oh Tuhan

Pada saat sy menulis blog ini jam di laptop menunjukkan sudah pukul 5.51 ptg. Sy sebenarnya baru balik dari Tampin untuk print resume sy. Sempat lagi singgah di KFC untuk melepaskan rindu sy pada cheesy wedges. Huhu. Peberet ni! Selepas balik terus buka laptop dan menyusun dokumen2 yg harus di bawa esok. Selepas ini saya mau mandi dan mengimbas kembali apa yang di buat ketika praktikal di HUKM dulu. Huhu. Doakan yg terbaik buat sy ya? Sekian buat kali ini... Wassalam

28 July 2009

DUA DALAM SATU

Saya mulakan new entry ni dgn ucapan assalamualaikum......
Semoga semua yang sudi membaca blog ini dalam keadaaan yang sihat sihat saja hendaknya. InsyaAllah.... Urmmm...izinkan saya menceritakan perkara yg berlaku pada hari ini untuk dimuatkan di dalam blog ini. Hari ini sy bangun agak awl sikit kerana meneman ayah dan emak untuk membeli jamban baru di seremban. Hehe. Jauh betol g beli jamban kan. Ketika sy sedang mandi, sy terdengar ada posmen dtg memberikan surat pos laju kepada mak sy. Dan selepas sy mandi, mak sy menyerahkan surat panggilan temuduga dari universiti malaya untuk jawatan juruteknologi makmal perubatan U29. Alhamdulillah bersyukur sy tak terkata kerana memikirkan ada juga yang sudi memanggil sy temuduga. Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku peluang temuduga ini. Di saat itu sy terus memikirkan khairil kerana dia yg memberi tahu sy tentang iklan jawatan kosong ini. Sy berdoa semoga dia akan mendapat tawaran yg sama. aminnnn.....

*surat temuduga*

Selesai bersiap, sy terus bertolak ke seremban dan menuju ke destinasi kedai jamban. Apa ke nama kedai 2,sy pun dah tak igt. Hehe. Tak sangka sy jamban pun bole smpai beribu ribu ringgit. Paling tinggi sy tgk di sana berharga 6 ribu ringgit. Haha. Dah boleh keluar kete sebijik nie. Sy hanya melihat emak dan ayah sy tawar menawar dgn tokei tersebut. Mcm2 cara di buat mcm2 ayat dikeluarkan untuk mendapatkan harga yg paling murah. Akhirnya kata sepakat telah dicapai. Dan satu jamban telah diangkut balik ke rumah sy. Hehe. Ini jer la gambar yg dpt sy ambil ketika mereka sedang seronok tawar menawar. wassalam.....


*Ini saja jamban yg mampu kami beli*

*mana satu menjadi pilihan hati?*

27 July 2009

SATU PERMULAAN

Assalamualaikum.....

Di sini elok saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Nor Ain Bt Abd Manap. Berumur 21 tahun pada tahun ini. Tapi masih lagi menikmati angka yang sangat bertuah bagi saya iaitu 20. Ini kerana saya dilahirkan pada penghujung tahun iaitu pada bulan 12. Saya berasal dari pekan Kota, Negeri Sembilan. Jangan tanya kota mana. Tapi memang nama pekan ini Kota. Saya mempunyai 3 org adik beradik dan saya merupakan anak yang bongsu. Saya bersekolah di SRK Tunku Besar Tampin kemudian ke SMK Tunku Besar Tampin dan kemudian ke Uitm Shah Alam di mana Fakulti Sains Kesihatan saya bertempat di Jalan Othman Petaling Jaya. InsyaAllah semua kos yg berada di Petaling Jaya tersebut akan dipindahkan pada hujung tahun ini ke tempat baru iaitu Puncak Alam. Alhamdulillah,saya telah berjaya menamatkan pengajian saya selama 3 tahun di peringkat diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Dan sekarang saya hanya menunggu detik untuk menghadiri konvokesyen saya. Semoga Allah S.W.T memberikan kelapangan kepada saya dan keluarga untuk bersama sama meraikan peristiwa tersebut. Walaupun hanya mengenggam segulung diploma, sudah tentu saya ingin mengabadikan kenangan yang bernilai itu bersama sama orang orang yang saya sayangi. Aminnn. Sekian sahaja buat kali ini.